Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Sunday, November 2, 2008

" KEGUNDAHAN HATI DAN JIWA "


Lemah dan gundahnya hati seorang manusia ini dikala perasaan menguasai diri...aku jua tidak dapat menafikan perkara tersebut...ditambah lagi dengan perasaan yang sangat mendalam terhadap si dia, memungkinkan aku untuk berasakan seperti itu...aku jua tidak pernah terfikir akan mengapakah aku boleh berperasaan sedemikian...seolah2 aku cuba merungkaikan sesutu yang sepatutnya tidak harus aku rungkaikan dikala perasaan ini berada tepat di landasannya...mungkin jua aku diibaratkan seperti terkejut akan ungkapan si dia yang menyatakan sesuatu yang tidak seia dengan pendapat serta pandanganku sebagai seorang insan yang dikala ini menyimpan satu perasaan yang begitu mendalam terhadapnya..aku sedar yang aku tidak harus berasa seperti itu, namun aku jua hanyalah insan biasa yang kadang kala hampir tunduk pada kehendak hati dan perasaan ku...aku jua menyedari bahawa si dia jua mengetahui bagaimana perasaanku terhadapnya dan aku jua tidak menyalahkan si dia dengan ungkapan2nya seperti itu...itu adalah hak si dia untuk mengungkapkan apa jua yang sedang bermain di benak hatinya...dan seharusnya aku perlu menerimanya ungkapan tersebut sebagai satu agenda positif dalam mempelengkapkan lagi hubungan kami dalam hubungan yang penuh dengan kepercayaan dan keikhlasan...namun, mungkin jua dikala malam yang penuh dengan kekusutan ini membuat pemikiranku tidak selari dengan emosi ku...sudah agak lama rasanya perasaan aku ini tidak meronta2 seperti sekarang...meronta2 seolah2 ingin mencari satu kepastian...walau bagaimana pun aku tidak berharapkan kepastian seperti itu...apa yang aku sedar jua sekarang aku amat menyintai dan menyanyangi si dia...aku berasa tida lagi ungkapan2 bermadah yang boleh disamakan dengan mendalamnya perasaan aku disaaat ini....aku tau yang si dia jua mempunyai perasaan yang sama seperti yang ku rasa, tapi mungkin aku saja yang beremosi lebih sehingga kan aku terpalit dengan olahan yang dibuat olehku sendiri...aku juga ada menyatakan dengan seikhlas hati aku dikala itu yang aku tidak takut untuk bercinta dan tidak takut menghadapi kenyataan...dan aku jua jelas menerima ungkapan dari si dia yang menyatakan hanya aku sahaja yang bertahta dihatinya dikala....terkadang berasa yang seperti aku telah menyinggung hati kecil seorang wanita...wanita yang amat bermakna padaku kini...ungkapan maaf sekali lagi harus aku salurkankan untuk si dia diatas keterlanjuranku dalam membuat sesuatu andaian...namun aku seharusnya sekali lagi tidak perlu menipu diriku dalam telahan yang aku buat...sebenarnya aku takut akan kecewa dan takut untuk kehilangan si dia...ketakutan yang berada jelas dalam pemikiran lemahku ini....namun itu mungkin sekali lagi hanya mimpi2 buruk yang adakalanya tidak harus aku layan dan tidak harus aku perbesar2kan perkara tersebut...sekarang aku cuma tau yang aku sedang menyintai dan dicintai seseorang..dan jelas jua padaku bahawa hati, jiwa, dan perasaan itu harus dikawal dalam pemikiran akal kita yang waras ini dan bukanlah sebaliknya...tidak harus aku beranggapan buruk untuk kali yang kedua lagi...ungkapan maaf sekali lagi aku pohonkan, semoga malam2 indah ini hanyalah untuk dirimu sayang...semoga kesedihan dan kepiluan yang berada di hati mu akan hilang jua, dan bila dikau sedar dari tidurmu, hanya kebahagiaan dan keindahan yang akan menemani hari2 mu...terima kasih kerana memberi secebis perasaan itu...dan aku berjanji yang secebis perasaan itu akanku ubah dan anyam untuk menjadi sebuah kebahagiaan...kebahagiaan milik kita berdua...i love you so much sayang...gud nite and sweet dream sweet heart...assalamulaikum...

No comments: