Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Saturday, January 30, 2010

...KERETA AKU LAK ROSAK...


Jika sebelum ni aku banyak paparkan perihal kerosakan kereta neo wife aku, dan kini aku nak paparkan jugak perihal kerosakan yang dihadapi oleh gen-2 aku....kereta aku ni sebenarnya aku dah agak lama rosak tapi aku biar jela, maklumla aku rasa selagi leh gerak kete tu maknanya leh berfungsi lagi la....aku rasa yang paling terasa kerosakan kete aku ni masa aku redah banjir kat beberapa tempat aritu sampai berasap gak la enjin kete aku tu..tapi selepas tu masih leh gerak, dan aku biarkan jela...hehe....jika sebelum ni kete aku ni kira perfomance bagus la, dan kalau nak berlumba tu bila-bila masa je aku leh menang, hehehe...tu pun kalau gan kancil la..hehe...sekarang kete aku jadi semacam je...nak bukak aircond pun kete leh mati, pastu kete jadi slow la..macam-macam gi la....pernah sekali aku bawak kat bengkel membe aku dan aku suh la dia tolong tengok-tengokkan...membe aku cakap selepas dia buat tu kira baik la kete aku ni, tapi aku tengok sama je...hangus duit aku bayar kat dia, huhuhu.....yang paling kritikal yang aku nak citer kat korang ni masa aku dalam perjalanan pulang ke chiku...masa tu aku bertolak dari kota bharu dalam pukul 11.00 malam kot...dan aku sampai di stesen petronas kuala krai dalam jam 12.00 malam....disebabkan badan aku ni letih sangat sebab mungkin aku keje outstation petang tadi aku pun tido la kejap....aku tersedar je dari tido dalam kul 1.30 pagi kot, tu pun sebab wife aku yang call, kalau tak mahu ke subuh rasanya aku tido, hehehe....masa aku sedar tu aku pun terus la start enjin kete, malangnya enjin lak tak leh nak dihidupkan, pe la nasib kan, huhu..aku pun call la wife aku yang kete aku tak leh nak start...wife aku pun call la bapak mertua aku kot-kot dia tau cara yang camner....bapak mertua aku pun call la aku balik dan suh aku wat macam-macam cara tuk hidupkan balik....tapi malangnya semua yang aku wat tu tak menjadi gak....wife aku pun call la aku dan wife aku ingin mengambil aku kat kuala krai dan kereta aku tu mungkin aku biarkan untuk mekanik repair pagi besoknya....sesampai jer wife aku gan adik ipar aku kat stesen petronas tu aku suh la adik ipar aku si rizal tu tuk parking kete kat depan kete aku, aku nak jumplekan kete tu..manala tau, kot-kot menjadi kan....bila aku dah sambungkan cable kat kedua-dua kete dan aku start enjin, alhamdulillah kete aku enjin kereta aku kembali hidup...pada saat tu aku tergerak hati walau macam mana pun aku nak pi repair kete ni keesokan hari......

pada keesokan harinya aku gan wife aku ke gua musang untuk baiki kete aku ni...first sekali aku ke kedai batery memandangkan aku rasa ini adalah masalah batery...sesudah tauke kedai batery tersebut membuat pemeriksaan ke atas batery kete aku, tauke kedai tersebut memberitahu aku bahawa batery kete aku ni dalam keadaan baik jer....aku pun bawak lak kete aku ni ke kedai aircond kete dengan harapan kete aku ni baik...selepas beberapa mekanik kat kedai aircond tersebut membuat pemeriksaan ke atas kete mereka pun menghantar lak kete aku ke kedai workshop lain memandangkan mereka juga tidak mengetahui masalah kete aku tu....selepas aku ke workshop yang pernah aku pi masa kete neo wife aku dulu problem mereka pun menjumpai masalah yang selama ini dihadapi oleh kete aku...masalahnya cuma 'plug' kete aku jer yang rosak...selepas plug kete aku ditukar dengan yang baru aku rasa kete aku dah kembali kepada keadaan asalnya....thanks tuk tauke cina tu...dia memang sempoi, lain kali kalau aku ada masalah kete, kesanala tempat yang mula-mula aku tuju....hehehehe...

...KEDAI KOMPUTER WIFE AKU BERWAJAH BARU...




Korang dah sedia maklum kan yang wife aku ni bukak satu kedai komputer di bandar chiku 3.....dan aku rasa kedai komputer wife aku ni la kiranya kedai kompurer yang paling laris sekali....bukan nak memuji tapi memang kenyataannya memang begitu....sebenarnya selepas menerima projek dari ppd gua musang untuk membaik pulih komputer-komputer sekolah sekitar sini, wife aku juga sebenarnya dalam proses menjalankan pusat pembelajaran yang dikendalikan oleh jabatan pembangunan kemahiran...program ni dinamakan 'sldn' yang mana setiap pelajar mendapat elaun setiap bulan hasil dari pembelajaran tersebut....dengan pendaftaran pelajar seramai lebih 40 orang wife aku ingin mengubah suasana dan susunan kedai untuk mencantikkan dan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung......untuk itu wife aku telah menambahkan beberapa bijik komputer dan meja komputer yang lama digantikan dengan yang baru....setelah menghadapi beberapa kesulitan dalam pembikinan kedai ni akhirnya berjaya jugak apa yang diinginkan oleh wife aku....tahniah untuk wife aku..hehehe..

...NEO PROBLEM LAGI...



Neo problem lagi, hehe...kalau dulu sal kes eksiden dan skarang lak kes batery alarm dah weak....kesian..kesian....masa kejadian ni wife aku baru abis keje dan kiranya dalam perjalanan nak balik ke rumah la kan...bila setibanya wife aku ke tempat parking kete dan nak bukak alarm kete, alarm lak xbunyi...so, jenuhlah wife aku nak bukak sampai mintak bantuan kawan-kawan opis tuk datang membantu....tapi sayang, kiranya takder sorang pun pomen kete diantara mereka..hehe...untuk mengatasi masalah yang camni, wife aku pun call la bapak mertua aku tuk datang bawak satu lagi kunci...kiranya lama gak la wife aku duk nunggu kat sana, maklumla chiku gan gua musang tu dalam setengah jam gak la kalau drive laju...kalau drive pelan mahu jer dalam 45 minit....tapi nasib baik la kawan-kawan opis wife aku tu temankan dia...baik tul kan..hehe...

...6 BULAN KANDUNGAN...

Ni gambar wife aku yang kalau aku tengok memang sarat, hehe...masa ni wife aku dalam 6 bulan kandungan...ni kira first time pakai baju pregnant ni...

...LORI BAJA TERBALIK...



Gambar ni sebenarnya wife aku yang amik masa wife aku drive berdekatan trafic light kat simpang 4 gua musang....nak dijadikan citer la kan masa wife aku sampai kat kawasan sana memang kejadian tu telah berlaku dan jem teruk la jugak kawasan tu...kira sempat gak la wife amik gambar kejadian tersebut...dipahamkan gak lori berkenaan membawa muatan baja....korang bayangkanlah kalau baja yang dah diproses tu takper la gak, ni kalau baja yang lom diproses dan fress-fress gi tu aku xtau la camner keadaan udara tempat tu...hehehe...

....SANDWICH DE MAXIM...

Sebenarnya dah lama aku gan wife pi melepak kat restoran de maxim ni, ingat-ingat dulu zaman-zaman bercinta dulu pun kerap gak ke sana...makanan kat sana memang best sangat-sangat....dan pada petang tu aku gan wife sekali lagi ke resotoran tersebut....memandangkan kami masih lagi kekeyangan dan tidak mahu untuk menjamah makanan berat, kami hanya memesan 'roti sandwich sardin' jer...memang sedap sangat-sangat...nanti kalau ada kesempatan aku nak pi sana lagi tuk menikmatan keenakan roti sandwich sardin kat de maxim...

...KE KLINIK...

Masa ni kiranya kali pertama la wife aku gan aku ke klinik untuk buat checkup perut,,maklumla kandungan dah hampir 2 bulan lebih, nanti lambat-lambat karang takut kena marah gan nurse lak...garang tu nurse-nurse kat kat klinik...aku pun sebenarnya tak tau pun garang ke tak nurse tu, ni kira info dari mak aku la..hehe...masa kitaorang pi tu masa bulan 10 ritu, ni kira baru nak post la...hehe...memandangkan wife aku ni duk chiku maknanya kitaorang kena pi klinik chiku la....so, dalam tengah hari tu kitaorang ke klinik kesihatan chiku 3 untuk buat pemeriksaan...dalam proses pemeriksaan tu wife aku cakap takder la pe-pe yang mnarik tuk dikongsikan pun cuma selepas habis pemeriksaan wife aku dimaklumkan oleh nurse yang wife aku ni ada menghadapi 'kencing kotor'...tapi sedikit jela menda tu dan takde la peringkat bahaya pun....so, kiranya tu la pengalaman pertama aku gan wife aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan....

Sunday, January 17, 2010

.....HINANYA BILA KEBURUKAN TERBONGKAR.....


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi bernafas segar dibumiNya ni...di lembaran 2010 ni aku ingin berkongsi dengan korang pasal kejahilan manusia dan kerakusan manusia dalam menjalani kehidupan dengan mengetepikan halal haram sesuatu perkara tersebut....aku pun bukannya baik dan arif tentang bab-bab agama, tapi aku masih sedar tentang hukumnya....aku nak citer kat korang ni mengenai salah seorang penduduk kat kampung aku ni la...dia ni umur dalam lingkungan 40 an la...dia ni memang aku anti sejak kecik lagi, sebab dia ni la yang nak ajak aku lawan gan dia sebab tak puas hati anak dia kena belasah gan aku...tu citer lama, aku sekarang dah tak belasah orang dah, hehe....ada la satu hari ni aku lepas balik keje dan sempat la mandi kan.....tengah-tengah sedap bersantai kat rumah sambil tengok tv tiba-tiba aku sekeluarga terdengar orang bagi salam...bila bukak jer pintu ada dua orang lelaki, salah sorang tu penduduk kampung sini la, namanya 'udin' dan sorang lagi aku rasa dia ni bukan dari kampung sini sebab xpernah nampak pun...udin dan laki sorang lagi datang tu sebab nak jumpa mak aku....mak aku ni sebenarnya anak kepada tukang urut gan bidan kampung, memang tersohor la gak arwah nenek aku ni...tapi mak aku ni tak reti pun hal-hal mengurut gan bidankan orang ni....aku pun sedar menda ni...kalau nak suh mak aku masak memang cekap la dia, hehehe.....berbalik pada kisah tadi bila udin tu nak jumpa mak aku, aku yang kat dalam rumah ni sayup-sayup la terdengar perbualan mereka....antara dialog dorang lebih kurang camni la.. : -


udin - ada masalah sikit ni
mak aku - masalah apa?
udin - nak suh mok su nah buang menda berketul
mak aku - menda apanya?
udin - bini dia ni nak bersalin
mak aku - kalau nak bersalin, bersalin la
udin - masalahnya dia tak nak menda tu
mak aku - tak nak apanya pulak?
udin - sebenarnya nak suh mok su nak buang putik yang ada dalam perut bini dia ni
mak aku - nak suh gugur ker?
udin - boleh buat tak mok su nah
mak aku - tak pandai kita nak buat menda gini, gi cari tempat lain la
udin - tak boleh buat ker, bukan mok su nah tok bidan ker?
mak aku - tak pandai pun, gi cari tempat lain la...kenapa nak buang pulak?
udin - tak per la, ingatkan mok su nah boleh buat...mana leh buat menda ni yer
mak aku - tak tau la pulak kat mana

pastu si udin gan lelaki tadi pun blah....aku pun pi la dekat mak aku dan aku cakap la kat mak aku, kalau dah laki bini nape lak nak gugur....pastu lak meh datang sini sambil bisik-bisik lak....tu mesti bukan laki bini tu....aku aku pun iyer kan jer apa yang aku cakap, abah aku pun sama jer....dalam hati aku ni udin ni tak reti halal haram ker....dah la budak-budak tu wat dosa pasti udin bersekongkol lak gan dorang...sama-sama dapat dosa.....dan kalau mak aku cakap kat mana-mana leh buat menda gitu leh jadi gan mak aku sekali makan dosa....orang lain punya la nak anak, dorang leh senang-senang lak nak gugurkan...apa jenis manusia la....dan sekali lagi aku terpikir, udin ni sejak muda sampaila ke tua masih tak berubah-berubah....apa nak jadi la, anak-anak orang asyik nak diburukkan...anak sendiri wat keburukan main biar jer....korang pikirkan la apa nak jadi gan dunia sekarang....haru biru jadinya....sampai sekarang kalau aku jumpa si udin ni aku memalingkan muka, bukan sombong tapi aku rasa malu tengok dirinya....bila dah berceloteh panjang-panjang macam ni teringat lak lagu wali band yang bertajuk taubat maksiat..memang sesuai la kot...hehe.....

Sunday, January 3, 2010

...LEMBARAN TAHUN 2010...

“TUAI PADI ANTARA MASAK….

ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN

INTAI KENANGAN 2009 ANTARA NAMPAK…..

ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN…”

Tahun 2009 bakal meninggalkan kita dengan cerita masing-masing yang bakal menjadi kenangan dalam hidup kita. Kisah kehidupan yang penuh dengan kenangan pahit, manis, sedih duka, gembira tawa. Mentafsir dan berfikir sejenak mengenangkan apa juga kurnia dan dugaan yang Tuhan beri, adakah telah berjaya menghadapinya dengan penuh redha dan bersyukur…

Sesungguhnya rasa diri sangat bersyukur atas segala kurnia, rezeki dan kehidupan yang diberi yang menjadi bekalan diri agar lebih kuat , tabah dan mampu menghadapi apa juga ketentuannya di masa depan. Kasih sayang dan kebahagiaan yang Tuhan beri dalam apa juga bentuk samada terserlah atau tersembunyi memberikan semangat dalam diri. Sesungguhnya tahun baru bakal dipenuhi dengan kepelbagaian episod kehidupan yang kadang-kadang tak pernah terbayang dan disangka oleh kita… hanya perlu menjadikan tahun 2009 ini sebagai …..

” PENGALAMAN BERHARGA” …