Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Saturday, January 30, 2010

...KERETA AKU LAK ROSAK...


Jika sebelum ni aku banyak paparkan perihal kerosakan kereta neo wife aku, dan kini aku nak paparkan jugak perihal kerosakan yang dihadapi oleh gen-2 aku....kereta aku ni sebenarnya aku dah agak lama rosak tapi aku biar jela, maklumla aku rasa selagi leh gerak kete tu maknanya leh berfungsi lagi la....aku rasa yang paling terasa kerosakan kete aku ni masa aku redah banjir kat beberapa tempat aritu sampai berasap gak la enjin kete aku tu..tapi selepas tu masih leh gerak, dan aku biarkan jela...hehe....jika sebelum ni kete aku ni kira perfomance bagus la, dan kalau nak berlumba tu bila-bila masa je aku leh menang, hehehe...tu pun kalau gan kancil la..hehe...sekarang kete aku jadi semacam je...nak bukak aircond pun kete leh mati, pastu kete jadi slow la..macam-macam gi la....pernah sekali aku bawak kat bengkel membe aku dan aku suh la dia tolong tengok-tengokkan...membe aku cakap selepas dia buat tu kira baik la kete aku ni, tapi aku tengok sama je...hangus duit aku bayar kat dia, huhuhu.....yang paling kritikal yang aku nak citer kat korang ni masa aku dalam perjalanan pulang ke chiku...masa tu aku bertolak dari kota bharu dalam pukul 11.00 malam kot...dan aku sampai di stesen petronas kuala krai dalam jam 12.00 malam....disebabkan badan aku ni letih sangat sebab mungkin aku keje outstation petang tadi aku pun tido la kejap....aku tersedar je dari tido dalam kul 1.30 pagi kot, tu pun sebab wife aku yang call, kalau tak mahu ke subuh rasanya aku tido, hehehe....masa aku sedar tu aku pun terus la start enjin kete, malangnya enjin lak tak leh nak dihidupkan, pe la nasib kan, huhu..aku pun call la wife aku yang kete aku tak leh nak start...wife aku pun call la bapak mertua aku kot-kot dia tau cara yang camner....bapak mertua aku pun call la aku balik dan suh aku wat macam-macam cara tuk hidupkan balik....tapi malangnya semua yang aku wat tu tak menjadi gak....wife aku pun call la aku dan wife aku ingin mengambil aku kat kuala krai dan kereta aku tu mungkin aku biarkan untuk mekanik repair pagi besoknya....sesampai jer wife aku gan adik ipar aku kat stesen petronas tu aku suh la adik ipar aku si rizal tu tuk parking kete kat depan kete aku, aku nak jumplekan kete tu..manala tau, kot-kot menjadi kan....bila aku dah sambungkan cable kat kedua-dua kete dan aku start enjin, alhamdulillah kete aku enjin kereta aku kembali hidup...pada saat tu aku tergerak hati walau macam mana pun aku nak pi repair kete ni keesokan hari......

pada keesokan harinya aku gan wife aku ke gua musang untuk baiki kete aku ni...first sekali aku ke kedai batery memandangkan aku rasa ini adalah masalah batery...sesudah tauke kedai batery tersebut membuat pemeriksaan ke atas batery kete aku, tauke kedai tersebut memberitahu aku bahawa batery kete aku ni dalam keadaan baik jer....aku pun bawak lak kete aku ni ke kedai aircond kete dengan harapan kete aku ni baik...selepas beberapa mekanik kat kedai aircond tersebut membuat pemeriksaan ke atas kete mereka pun menghantar lak kete aku ke kedai workshop lain memandangkan mereka juga tidak mengetahui masalah kete aku tu....selepas aku ke workshop yang pernah aku pi masa kete neo wife aku dulu problem mereka pun menjumpai masalah yang selama ini dihadapi oleh kete aku...masalahnya cuma 'plug' kete aku jer yang rosak...selepas plug kete aku ditukar dengan yang baru aku rasa kete aku dah kembali kepada keadaan asalnya....thanks tuk tauke cina tu...dia memang sempoi, lain kali kalau aku ada masalah kete, kesanala tempat yang mula-mula aku tuju....hehehehe...

No comments: