Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Friday, October 31, 2008

" KEKUSUTAN MELANDA "


Disaat waktu semakin berdetik kencang...terasa angin bayu menusuk terus ke mindaku...terus menusuk dan kadangkala terus menikam umpama tidak membenarkan mindaku ini berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara...tetapi ini cuma telahan ku sebagai seorang insan yang dikala ini memerlukan seorang teman untuk meneruskan saat2 malam yang semakin melewati tempohnya ini...disaat ini juga pada pandangan mata halusku, ingin aku menyatakan bahawa sesuatu yang ingin dicapai oleh tanganku umpama tidak tercapai dan semakin jauh ia dari sisi walaupun menda yang ingin ku capai itu jelas berada dekat disisiku....dan dalam pada itu pelbagai telahan lagi yang aku tafsirkan untuk mencari suatu jawapan yang masih bersarang dan bersawang di dalam benak mindaku ini...pencarian yang akan aku rungkaikan dalam pelbagai sebab, dan jua dalam pelbagai persoalan yang harus difikirkan olehku dalam meneruskan bait2 kata dalam penyusunan ayat2 ku...umpama seekor rusa yang berkeliaran di dalam desa dan tidak tau kemana arah tujuan..begitu jua dengan pandanganku sekarang terhadap mindaku ini...mungkin jua sekapur sireh akan kembali meneruskan teradisi itu, atau mungkin jua sebatang lembing kepunyaan awang akan kembali melutut dihadapan dayangnnya...ah..terkadang luntur bahasa diibaratkan semakin kendur dalam pengolahan dari segi pemikiranku untuk terus mencari alasan dan juga kepastian...

"KENANGAN "


Kenangan tetap dalam kenangan...walau bagaimana pahit sekali pun kenangan itu, ia tetap akan muncul dalam kehidupan kita...kehidupan sebagai seorang manusia dan kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T...adakalanya kita harus melawan perasaan untuk mengigati kenangan silam dan adakalanya kita tidak harus berbuat sedemikian...kenapa..??..perjalanan hidup kita dan pengalaman hidup kita adalah berasaskan daripa sesuatu kenangan...bermacam-macam kenangan yang pernah berlaku dalam diri kita...ada kenangan manis yang diingati sepanjang masa, dan ada kenangan pahit yang mungkin sering menghantui hidup kita...adakalanya kenangan seperti inilah yang sering mengganggu perjalanan hidup kita...tapi haruskah kita sering perlu untuk mengigati kenangan-kenangan seperti itu...pada logik akal seseorang manusia itu itu, kemungkinan kenangan yang paling berkesan pada jiwa dan naluri kita sebagai manusia adalah perkara yang paling sukar untuk disisihkan, tetapi kita harus mengatasinya sekiranya kita ingin terus berjaya dan terus bahagia dalam mengharungi kehidupan...ada jua yang mengatakan, untuk melupakan kenangan pahit yang pernah berlaku dalam kehidupan bukanlah semudah gambaran dimata orang yang tak mengalaminya...mungkin jua ada kebenarannya...tetapi pemikiran dan pendapat orang yang tidak mengalami peristiwa tersebuat adalah amat penting berbanding dengan pemikiran atau pendapat orang yang mengalaminya...ini kerana, pemikiran orang yang mengalami peristiwa pahit tersebut lebih cenderung dalam bentuk emosi dan perasaan, manakala pandangan orang yang tidak mengalaminya akan terus terarah kepada agenda2 positif dalam penyelesaian tersebut...pada mata umum, kenangan silam adalah satu tanda perubahan pemikiran kita sebagai seorang manusia dan seharusnya pengajaran daripada kenangan2 seperti itu harus diperlajari dengan lebih utuh...kenangan adalah satu anugerah yang paling unggul dalam mengajar erti kehidupan kepada kita...kenangan yang baik semestinya diingati dan kenangan yang pahit dan mungkin mengganggu kehidupan kita perlu disisihkan.......

Monday, October 27, 2008

' TIRAI HATI '


malam kian menjelma kembali...dengan diiringi tiupan angin yang kadang kala menggigilkan seluruh badanku dan adakalanya mendatangkan "mood" baru dalam perasaan ku....perasan yang tulus dan ikhlas lahir dalam diri ku tika ini...aku sedar bahawa perasaan sebegini tidak mampu aku padamkan dan sekiranya aku dapat lonjakkan perasaan ku ini ke persada yang tertinggi...mungkin itu jua yang akan aku lakukan...ah..indah sekali berada disaat begini...alunan lagu2 instrulmental yang memecah hening dikala ini membangkitkan rasa kasih, sayang, dan cinta yang amat mendalam terhadap si dia...sekali lagi aku harus mengakuinya yang aku amat menyintai si dia...tidak mampu aku ungkapkan dengan kata2 walaupun dengan seindah kata sekalipun....tetapi aku sedar akan perasaanku ini...aku hanya insan yang mampu mentafsirkan kata2 indah saja...disebalik itu aku mungkin jua seorang insan yang serba serbi dalam kekurangan...tapi aku tetap yakin pada diriku yang aku mampu untuk menutupi kekurangan itu dengan membawa sejuta kebahagian kepada si dia...kebahagian yang kami impikan...kebahagian yang kami ungkapan setiap malam...kebahagian yang sering tulus berada di hatiku...aku yakin yang aku akan dapat merealisasikan impian itu...tapi, adakah si dia berperasaan sama seperti yang aku rasakan..??..sudikah si dia mengecapi kebahagian itu bersama aku..??...soalan yang harus sejujurnya aku tujukan kepada si dia...sebolehnya pada kedinginan malam seperti ini aku hanya ada satu permintaan sahaja untuk ku mohon dari Allah S.W.T...izinkanlah kedinginan malam seperti ini akan berterusan sehingga selamanya...agar perasaan kasih, sayang, dan cinta ku pada si dia akan terus bertambah..bertambah...dan bertambah...dengan malam yang melewati waktunya ini aku berasa cukup bahagia dikala dapat mendengar suara, usikan manja dan gurauan mesra si dia...semoga tido ku nanti ditemani mimpi2 yang indah...seindah menyebut nama sayang...aku merasakan tirai hatiku ini akan ku labuhkan untuk seketika dan sekiranya diberi peluang, akanku kembali membuka tirai hatiku ini...terima kasih sayang diatas kesudian mu untuk bertapak di hati ku...dan dengan perasaan tulus dan ikhlasnya aku ingin mengatakan yang aku amat menyintaimu...kebahagian itu pasti milik kita jua...gud nite sayang...i love u so much...

Wednesday, October 22, 2008

" KESUNYIAN MALAM "


Dinginnya rasa malam ni....terasa kedingingannya hingga menusuk terus ke lubuk sanubariku...bersaksikan rintik2 hujun yang entah berapa kali menitik di bumi ini...beserta guruh yang adakalanya membingitkan telinga dan mendatangkan kegusaran pada jiwaku....aku sedar bahawa itu adalah kekuasaan Allah S.W.T....dengan bersendirian dikala ini, kadangkala terasa akan kesunyian yang paling utuh menjelma dalam diriku tika ini...ahh, susah untukku menyatakan tentang bagaimana kesunyian sebegini menjelma...mungkin itu adalah asam garam dalam percintaan...hehe...benar ke..??..terfikir aku sejenak jua...mengapa insan yang dilamun cinta seperti diriku ini harus menghadapi kesunyian..??..bukahkah setiap pasangan yang bercinta hatinya penuh diisi dengan segala macam bait2 tentang cinta, perasaan, dan juga kasih sayang....erm, biarlah apa yang orang tafsirkan mengenai cinta dan kesunyian...pada aku jelas perasaan kasih sayang dan cinta terhadap si dia kuat menyelubungi diriku saat ini...dan mungkin dengan telahan itu jua aku mengalami saat2 kesunyian dikala malam sebegini...dengan alunan lagu2 yang kadang kala menyentuh perasaan kecilku ini...dapat jua aku gambarkan bertapa indahnya jika disaat ini aku dapat mendengar coretan manja si dia..gelak tawanya yang menjadi penawar dikala duka ku...dan juga usik gurau ku yang sering menjadi topik utama dalam merencanakan setiap perbualan antara kami...tapi disaat malam yang semakin melewati waktunya ini, aku masih lagi terasa akan bahang kesunyiannya...haruskah aku untuk menghubunginya agar perasaan kesunyian ku ini terubat..??..adakah aku harus menyatakan keadaan perasaan ku dikala ini kepada si dia..??..ahhh...jawapannya tentu sekali aku tidak akan menghubunginya...mengapa..??..dengan suasana malam yang dingin seperti ini ,aku lebih merasakan untuk merelakan si dia agar menikmati keasyikan berada dalam mimpi2nya...bagaimana pula dengan keindahan malam yang aku harapkan..??..keindahan itu mungkin dapat aku rasakan jika si dia menikmati keindahan malamnya....hehe...terasa jiwang pulak aku disaat ini...ahh, terasa sayang tadi..seharusnya aku mengungkapkan satu ungkapan yang benar2 ingin aku ungkapkan kepada si dia tadi...tetapi bibirku seakan2 tidak terdaya untuk mengungkapkan ungkapan itu kerana berasakan si dia sedang dalam alunan dibuai keasyikan malam....terasa jua aku akan kekecewaan itu....jika dapat aku ungkapkan perkataan itu...semestinya aku akan menyatakan ungkapan "i love you and i miss so much sayang"....malam semakin melewati waktunya, dan mungkin dengan ini jua aku juga harus mencipta satu keindahan dalam malam yang sedingin ini....andainya aku diberi satu keistimewaan dalam merealisasikan cinta...ingin saja aku sampaikan ungkapan kasih, rindu, sayang dan cinta kepada angin, semoga angin itu menyampaikannya kepada si dia dengan keindahan angin malam....sweet dream sayang.....i love you........


cahaya bulan berseri-seri,
walaupun di bumi gelap kehitaman,
rindunya hati tidak terperi,
umpama permata di hujung halaman......

"WANITA...PERASAAN...DAN KETULUSAN"


Sejak akhir2 ini sering je aku termenung dan kadang kala terfikir sejenak jua tentang satu permasalahan....masalah yang tidak pernah aku fikirkan dengan serius sebelum ini... aku sekarang diibaratkan umpama bagai dirundum satu perasaaan yang berbelah bagi terhadap sesetengah wanita....sekarang berbagai masalah yang aku dengar dan lihat mengenai sesetengah wanita...tentang perasaan wanita,kemahuan wanita,dan semua yang jelas tentang seseorang wanita itu....dulu,pada aku..untuk memahami seorang wanita tidak lah sesusah mana...kini menda tu seakan2 hilang sedikit demi sedikit dalam lubuk sanubariku...salahkah aku untuk berperasaan sedemikian??...mungkin ada benarnya jua kata2 seorang temanku yang mengatakan bahawa, "wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu..justeru itu nafsu lebih mendominasi akal"...dulu pada aku kepercayaan terhadap kata2 itu kurang jelas pada mata kasar atau mata hati aku sekali pun...namun sekarang ia benar2 membuat aku terfikir dan terkenang sejenak mengenai perkara tersebut...mungkin ada betulnya kata2 tersebut...sekarang terfikir kembali aku tentang kemahuan seorang wanita itu...pe yang diperlukan oleh seorang wanita..??..tak cukupkah dengan kasih,sayang,cinta dan berbagai perasaan lagi..??..kadang kala terlalu binggung untuk aku fikirkan sedalam2nya...pernah jua aku ungkapkan permasalahan ini terhadap seorang teman...teman yang mungkin mempunyai pandangan yang jelas tentang perkara ini kerana beliau adalah seorang wanita jua...aku mungkin sedikit memahami penjelasan tersebut di mata aku, tetapi ia seakan tidak jelas di mata hatiku...semakin serius hati aku untuk merungkaikan permasalahan ini...semakin jauh rasanya ia terpesong dari landasan sebenarnya...sampai bilakah permasalahan ini dapat aku rungkaikan..??...aku akan cuba mencari.bertanya,dan merungkap segalanya demi pemahaman jiwa aku sebagai seorang lelaki dan demi mencari jawapan terhadap permasaalahan yang sedang bermain di fikiranku...

Tuesday, October 14, 2008

MENGAPA......??


Mengapa...??...aku pun sering kali terfikir pada diri sendiri tentang persoalan itu....
ungkapan sebegini jarang sekali aku lafaskan buat hati dan perasaan kerdil ku ini.....
mungkinkah inilah masanya untuk aku berbicara secara jujur dengan perasaan ku....
tapi mengapa dengan ungkapan mengapa...??...salahkah atau kejamkah aku untuk berperasaan sebegitu...ah..kadang-kadang bermain jua dibenak fikiranku ini tentang perasaan sendiri...
mungkin ini jua adalah petunjuk untuk aku jatuh cinta dan menyintai seseorang...
tetapi masalahnya mengapa sekarang..???...kenapa tidak minggu depan..??..bulan depan..??..atau tahun depan jua...??...ah..terasa kusut untuk difikirkan...mungkin cara yang terbaik untuk aku fikirkan adalah ini petanda bahawa aku telah jatuh cinta dan sedang menyintai seseorang......

Monday, October 13, 2008

CINTA.....

Masih ku tak berdaya
Melupakan mu
Di hatiku berkata
Apakah sebenarnya cinta.........

Di hati ini
Hanya mainan semata
Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi
Di diri ini.........

Kau yang masih di hati
Tidak terdaya
Untuk mengundur diri
Darimu.......

Andai kata engkau pergi
Tiada apa yang ada di diri ini
Kuharapkan kau takkan berubah hati
Semoga kau kan tetap disisi
Di diri ini........

KAU AKAN PULANG

Terhiris perasaan takku hiraukan
Kusudah melupakan salahmu sayang
Semenjak kau tinggalkan keseorangan
Semakin bertambah kegundahan...

Benarkah keriangan terbias hilang
Di kala rindumu menjelma
Adakah kau sama rasakan peritnya
Sedang kita seharusnya bahagia... berdua

Langit yang berbintang sendiri aku pandangi
Jika dulu engkau di sisi menemani
Kehangatan cinta saat itu
Terbiar layu... tanpamu di sisiku... aku sunyi

Sayang kuharap kau akan pulang
Dan meneduhkan rindu hatiku
Moga cinta kita bias dikekalkan
Dalam erti cinta sebenarnya

Aku damba kejujuranmu
Untuk kulayarkan kasihku
Keranamu ku mahu kau menjadi milikku

Aku mohon kesetiaanmu
Untuk ku mengecapi rindu
Biarlah kau terus menyemai kasihmu