Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, January 29, 2009

" DIKALA PERTUNANGAN DALAM KENANGAN "






' Indah dijiwa tenang dihati '...itulah umpamanya perasaan ku ketika ini...aku seakan tidak percaya diatas apa yang berlaku, seumpama masa yang begitu pantas dalam memutarkan waktu-waktunya....kini telah tertulis dan telah ditentukan oleh Allah yang Satu bahawa satu peristiwa yang begitu indah ini telah tercatit dalam kamus penting hidupku....tanggal 27 hb Januari 2009 adalah tarikh keramat bagiku, aku menyedarinya secara telus dan kini sekali lagi aku menyedari bahawa aku kini telah bergelar tunangan orang....
tunang kepada seorang wanita yang sangat-sangat aku cintai sejak dulu, kini dan selamanya...insyaAllah....sejak aku mengenali dirinya telah terlintas dibenak hatiku bahawa dia adalah insan yang begitu penting dalam hidupku....aku menyintainya bukan sekadar dipinggiran cuma, tetapi cinta ini cinta yang telus dan ikhlas yang hadir dari hati seorang insan yang bergelar pecinta..... bila terkenang kembali detik-detik 27 hb itu terasa begitu indah untuk dikongsikan....begitu banyak peristiwa yang berlaku pada tarikh tu....
banyak peristiwa yang meninggalkan kenangan manis dalam diriku pada waktu itu, dan tidak ketinggalan secebis peristiwa pahit yang akanku kenang sampai bila-bila sebagai satu pengajaran dalam kehidupan yang mendatang.....pagi 27 hb, aku terasa seperti kedamaian yang sangat-sangat tersusun dalam meniti masa-masa yang mendatang....dengan diiringi kehadiran keluarga dan saudara-mara ku, jelas menambahkan lagi kedamaian hatiku....ketika itu kami bercadang untuk bertolak ke gua musang pada jam 10 pagi, tapi seperti biasa orang
melayu tidak akan pernah tepat dalam memegang sebuah janji, aku akuinya....kereta pertama yang bertolak ke gua musang dinaiki adik-adikku bersama temannya pada jam 11 pagi....kereta kedua menyusur pada jam 11.10 pagi yang dinaiki jiran-jiranku....dan seterusnya ketiga-tiga kereta lagi menyusur pula pada jam lebih kurang 12 tengah hari....terlalu lewat padaku sebenarnya....tapi apakan daya, aku tidak mampu berbuat apa-apa....hanya kepasrahan yang mampu ku telan....dengan kerenah teman dan saudara maraku aku merasakan
kecacatan dalam perjalananku jelas nyata....dan sekali lagi aku hanya mampu memandang....kami berkumpul diperkarangan masjid chiku 2 dikala jam 3.30 petang....sekali lagi tersentak aku dibuatnya terhadap kelewatan yang begitu terserlah itu....selepas solat zohor dan bersiap-siap untuk ke rumah yang dituju, sekali lagi dugaan datang melanda kami....hujan selebat-lebatnya hadir tatkala semuanya telah diatur....sekali lagi kebingungan kami dibuatnya....jam hampir mencecah jam 4 petang, hendak atau tak kami terpaksa jua meredah kedinginan hujan seperti itu....
Alhamdulillah, setibanya kami ke tempat destinasi dituju hujan yang menganas dalam menitiskan titisan-titisan air kembali reda dan cuaca kembali seperti sedia kala....masih teringat lagi ketika menyusun barang-barang hantaran yang dibawa, tersentak jua aku disaat itu....saiz tapak kek pula tidak muat dengan kotak yang dibawa....bercampur baur perasaanku ketika itu dikala melihat ramai orang yang memerhatikan kami....atas dasar 'tebal muka' aku mengizinkan kek itu diletak bersama-sama dengan kotak asal...malu rasanya, huhu....setibanya kami, kami dijemput mesra oleh pihak keluarga perempuan walaupun menyedari kelewatan kami yang begitu terserlah itu....sesudah itu kami dijamu dengan hidangan yang cukup menyelerakan....'soloq' lada menambahkan lagi kerakusan kami dalam menjamah makanan ditambah lagi perjalanan yang mengambil masa yang begitu panjang menyebabkan kami berselera pada ketika itu....sesudah menjamu selera, topik utama dalam perbincangan kedua belah pihak bermula....permulaannya aku sedikit gusar disebabkan kekeliruan dari pihak kami, namun segalanya berjalan seperti yang dirancang....Alhamdulillah sekali lagi kehadrat Ilahi diatas kurnian istimewa ini....sejurus itu atas keinginan pihak kami untuk melihat wanita yang telah mencuri sepenuhnya hatiku ini, pihak keluarga perempuan mempersilakan insan istimewa pada ku ini tampil dengan membuat mata-mata yang memandang terpegun sejenak....cantik, ayu, manis, anggun, menarik semuanya bermain dalam benak hatiku....dan aku menjangkakan itu jua dari tafsiranku apabila melihat pandangan orang ramai terhadap dirinya....sesudah sesi berkenalan antara kedua belah pihak, seterusnya bermula sesi menyarung cincin pertunangan....diatas pelamin yang begiti indah dihias, aku dapat merasakan keindahan hati ini disamping tunang tersayang dirai bak raja sehari seadanya di atas pelamin....aku bahagia disaat itu, dan kini telah sah dia telah menjadi tunangku....aku menyintai tunangku sepenuh hati ini....aku terlalu menyanyanginya....dan jika suatu hari aku tiada di dunia ini, akanku bawa perasaan cintaku ini kepada dirinya bersama nafas-nafas terakhirku.....buat tunangku yang tersayang, sedarilah setiap nafasku ini akan aku sentiasa menyanyagi dan menyintaimu....terlalu indah perasaan ini bersamamu.....akanku kota janji kita, dalam mendirikan mahligai bahagia bersama....'seteguh cinta azizul kepad liana'....abg terlalu menyanyangimu sayang.....

Wednesday, January 21, 2009

" MENGHITUNG HARI "

Hari berganti hari...masa begitu pantas berlalu sehinggakan telus dalam meninggalkan sisa-sisa kenangan...seumpama itu juga, aku dapat merasakan bahawa indahnya putaran masa yang dicipta oleh yang Maha Esa.....kini aku sedar, aku menghitung hari sebenarnya....menghitung dalam keadaan serba kekurangan, serba kedaifan dan yang paling penting aku menghitung dalam keadaan penuh keikhlasan....keikhlasan hati terhadap seorang wanita yang amat aku cintai....tidak sabar rasanya aku untuk bersemuka dengannya buat sekian kali....tapi pertemuan kali ini aku jangkakan dengan penuh kebahagian, penuh kenangan, dan penuh dengan perasaan sayang, cinta dan kasih.....aku kini dalam keadaan menanti...menanti..dan menanti hari bahagia itu....sejujurnya, aku berharapkan perjalanan ke hari bahagia itu berjalan seperti yang dirancang tampa ada sebarang musibah....aku bahagia bersama dengannya, setiap detik aku merinduinya...setiap waktu wajah manisnya sering bermain di bayangan mataku....walau sehari tidak ku dengar suaranya, aku akan merasakan dunia ini sepi tampa kata-kata....
kebaikan, kejujuran, keikhlasan dan kasih sayangnya membuatkan aku buta sebenarnya....buta dalam mencari secebis pun salah dirinya....inilah penangan cinta sebenarnya....aku merasainya dan aku jua yakin bahawa kalian pernah atau akan melaluinya....hari-hari yang pantas berlalu ini membuatkan aku sedar seketika bahawa aku sudah dewasa....dewasa dalam mencari makna sebuah perhubungan yang suci mengikut acuan islam.....masa dan waktu telah banyak mengajar aku erti pengalaman, pengetahuan, dan pemikiran sekalipun....dalam masa yang serba pantas ini aku yakin, "alangkah indahnya jika cinta itu disulami dengan keikhlasan".....keikhlasan yang tidak dibuat-buat, keikhlasan itu hadir dari dasar hati yang begitu mendalam....tampa paksaan dan tampa ketidakadilan....aku yakin akan keikhlasan itu....perjalanan kita sebenarnya masih jauh....penuh liku onak dan bahaya yang begitu mencabar.....namun selagi semangat dan harapan itu berterusan...kebahagiaan pasti milik kita....akanku hitung hari bahagia itu dengan penuh kesabaran dan penuh perasaaan cinta....ketahuilah, aku amat mencintaimu sedalam-dalam hatiku....kejujuranmu adalah kujujuranku....keikhlasanku hanyalah padamu....penderitaanmu adalan penderiataanku jua....dan kebahagianku hanyalah untukmu....buat insan yang palingku sayang, sedarilah aku terlalu mencintaimu....

Tuesday, January 13, 2009

" ISTIMEWANYA DIKAU DIHATIKU "


Hari berganti hari...masa pula semakin pantas dalam meninggalkan sisa-sisa waktu....namun aku tetap disini, disini dalam mencari secebis jua nilai kehidupan dan juga nilai sebuah perasaan....aku tidak perlu hipokrik dalam menyatakan hasrat sebenar perasaanku...aku juga rasanya tidak perlu dalam bertopeng dalam agenda menyembunyikan perwatakanku...aku cuma insan biasa, punya kelebihan yang sedikit jua, dan mempunyai tahkala begitu banyak kekurangan diri...walaupun begitu aku tetap bersyukur kerana aku terus mengenali dan terus mengenali kehidupanku sendiri...berpura-pura dalam berperasaan rasanya itu tidak menjanjikan apa-apa kelebihan pun....lebih mendatangkan banyak kekecewaan dan jua boleh mendatangkan seribu kesalah tafsiran jua....aku mengenali diriku sendiri, dan sebolehnya aku jua ingin mengenali seseorang....seorang insan yang pada mata kasar dan pada mata hatiku mempunyai begitu banyak kelebihan dan kecemerlangan....kecemerlangan dari segi keperibadian, kekeluargaan, pendidikan....dan secara jujurnya padaku, insan seperti ini boleh diumpamakan seperti 'merak di kayangan' seadanya....namun tidak salah rasanya jika aku dilamun perasaan terhadap insan seperti ini....aku sememangnya jujur dalam menjalinkan hubungan sesuci ini....dan aku juga terlalu ikhlas dalam setiap detik dalam menjalinkan hubungan ini....aku sedar akan kekurangan diri, tapi aku yakin aku akan dapat kecapi kebahagian itu walaupun menyedari akan kepayahannya....aku mengigatinya setiap waktu...aku menyanyanginya lebih dari apa yang diketahuinya....aku menyintainya sedalam-dalamnya, sehingga pernah jua perasaan ini meronta-ronta jika berlaku kecemburuan diri....namun itu adalah fitrah manusia, tidak dapat tidak kita akan mengalaminya....padaku dia adalah insan yang terlalu istimewa....terlalu istimewa sehinggakan 'angau' aku dibuatnya....dia insan yang begitu menarik dimata dan juga insan yang begitu mengancam dijiwa.....tidak pernah sesaat pun aku berasa jemu dalam mengenali dirinya....tidak pernah sekali pun aku berasa sangsi terhadap dirinya....yang terpahat dihati ini hanyalah perasaan cinta, kasih, rindu,dan sayang silih berganti....aku jua tidak pernah berhenti dari merindui dirinya....kerinduan paling utuh yang hadir dalam diriku ini....alangkah bahagia dan indahnya bila perkataan rindu dari sidia dilafazkan kepadaku....dan padaku, disaat itu aku dapat merasakan seperti diri ini adalah insan yang paling bahagia....bahagianya aku dengan ucapan seperti itu sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sekalipun....dia jua istimewa padaku kerana terlalu memahami diriku, sehinggakan dapat menjangka apa jua gerak geri dalam perbuatanku....terlalu teruja perasaan ini bila mengalami perasaan indah seperti itu....hati ini umpama seperti bekas yang dicurahi emas seadanya....debaran hati ini terus terasa tahkala mengigati dirinya....dan debaran hati ini akan terus terasa dan terus terasa sehingga mata ini terpejam sekiranya...namun yang begitu pasti dan begitu jelas, hatiku ini penuh dengan perasaan yang begitu mendalam terhadap dirinya....aku dapat merasakan....terima kasih diatas segalanya...i love you sayang...

Sunday, January 11, 2009

" CINTA KEINDAHAN JIWA "

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi......kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah, seindah waktu ia diciptakan.....cinta itu aneh, sukar untuk ditafsirkan.....datangnya bukan dari satu paksaan pun.....cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.....ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya......manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan.....malah, tanpa cinta perkahwinan itu akan mati, dan ibarat rumah kosong tanpa penghuni......mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedarinya......mungkin benar saat kita terlupa barulah kita mengerti......mungkin benar jua bila kita rasakan rindu yang sangat mendalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan berertinya seseorang itu bagi kita.....cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan.....selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.....tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa......andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta...??....Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki..???...cinta boleh diumpamakan seperti kota kristal.....indah di penglihatan,dan derita di perasaan.....cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah dan tujuan yang sama......

" SEKAWAN EMBUN BERARAK MESRA "


Sekawan embun berarak mesra
riak berkinja mendendang manja
senyum teratai di ujung desa
marak cinta di unggun cita
mengunting utas rantai mutiara
penuh hasrat merangkum jiwa.........

Dalam hati terasa girang
di akhir malam tunas mengambang
kadang terasa bimbang terdatang
dua jambatan terus terentang
cita bertunjang cinta berkembang.........


Gelisah mengintai selalu
kadang bermain duka pilu
tiada jawapan meraba kalbu
siang penuh sinar mentari
dan malam dingin berdakap embun
carilah naungan di pohon rimbun.........

Sudah tersurat dua mutiara
cita dan cinta
lebih bererti pada segala
kerana keduanya sama mulia
untuk manusia dan kedamaian maya.....

Saturday, January 10, 2009

" FIKIR-FIKIRKANLAH "

Entah la...terkadang kusut jua pemikiranku bila diimbas kembali apa yang aku rasa...perasaan yang berdetik baru seketika jua setelah hampir sejam aku melayari keindahan perasaan...mungkin ini adalah suatu permainan perasaan yang ada dalam diri setiap insan yang bergelar 'pasangan bercinta'...tetapi mengapa perasaan itu hadir secara tiba-tiba..???...tidak ku minta perasaan ini hadir dan sebolehnya aku tidak mahu memikirkan tentang perasaan itu...tapi aku hanyalah seorang insan yang sangat lemah...kehadiran perasaan yang tidakku pinta ini terus menghantui dan terus mengejarku seumpama bayang-bayang hitam yang ketandusan bicara....aku sedar bahawa aku tidak perlu memikirkan sangat perasaan seperti ini, namun aku jua tidak mampu untuk membohongi diriku sendiri tentang apa yang aku rasa...cemburukah aku atau sensitifnya aku tentang hal ini..???..susah hendak ditafsirkan....aku terlalu menyintainya, terlalu menyanyanginya dan aku berasakan bahawa dia adalah sebahagian besar dari kehidupanku...mungkin berdasarkan itu yang telah membuatkan aku berasa seperti sekarang....kenangan hanyalah kenangan, dan seharusnya kita tidak perlu hidup dialam kenangan...biarpun kenangan itu adalah kenangan yang istimewa dalam kehidupan kita....susah hendak diterangkan secara nyata tetapi memang sebegitulah realitinya....cinta sebenarnya tidak boleh disamakan....cinta sememangnya tidak boleh dibandingkan...cinta yang ikhlas adalah cinta yang disemaikan dengan satu perasaan yang begitu suci...penerimaan cinta yang seadanya ini tampa perbandingan dengan mana-mana cinta adalah terlalu penting dalam menyuburkan lagi perasaan itu....aku sepatutnya tidak perlu membuka cerita seperti sebegini...tetapi hatiku ini tetap terus meronta-ronta agar coretan ini dilakar...lakaran buat insan yang sangat-sangat aku cintai...." kadangkala untuk mencipta kenangan baru...kenangan lama harus dilupakan terus agar kenangan baru itu tidak terpengaruh dengan kenangan lama....dengan itu kenangan baru akan lebih ikhlas dan lebih suci seadanya "....fikir-fikirkanlah....

" AKU DAPAT MEMBACA HATIMU "



Kutelahi lakaran tuturmu.......
yang terpapar di dibalik kesopanan......
adalah siraman air rindu.........
yang mengalir ke muara sayang......

Kutahu di sebalik pelangi hatimu........
terlakar potret cinta......
yang kau sembunyikan........
di celah-celah kelopak ragu........
yang masih membeku dan padu......

Ku nanti mentari jujurmu........
memancarkan cahaya kasih...........
setelah kulabuhkan ceritera peristiwa..........
Majnun dan Syah Jehan setia.........
tapi bibirmu masih dibelenggu malu...........

Usah lagi kau melipat helah............
kerana aku dapat membaca hatimu..........
yang sarat perlu dan mahu.........
untuk kutakhtai satu persatu...........

Ku pasti manik-manik iman..........
yang tertanam di sanubari...........
akan mengalungkan seutas takdir..........
merungkai kusutan yang melanda..........

" PERSOALAN CINTA "

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tetapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan".....Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta.....cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup, persoalan itu silap.....cinta penting lantaran ia anugerah Ilahi untuk setiap hambNya....sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup....sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.....cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu....dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan apa jua sekalipun......begitulah hebatnya penangan cinta.....tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap......cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman.....hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari, sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta....cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.....begitulah hebat dan berkuasanya cinta....manusia dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya.....bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.....lihatlah kisah laila dengan qais dalam filem “Laila Majnun”.....setelah pinangan qais ditolak lantaran miskin, qais hilang ‘kejantantannya’.....saban hari dia menangis dan merindui laila dan duduk merempat di birai masjid.....dirinya semakin tidak terurus, dan apa yang terkeluar dari mulunya hanyalah “laila…laila…lailaaaa…”...akhirnya ketampilan diri qais tidak ubah seperti seorang yang gila....dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu.......lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali.....andainya sungguh qais inginkan laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda laila.....dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.....cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan....apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting.....jadikanlah cinta untuk membina kejayaan dan kecemerlangan.....keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita......

Saturday, January 3, 2009

" SULAMAN CINTA BUAT YANG TERSAYANG "


Sebuah titipan…santapan buatmu…
Seorang insan yang bergelar...’Rosliana'…
Perkenalan...Pertemuan…
Tiada diduga…
Akhirnya…janji diikat…
Kata berpadu…
Dua jiwa hati bersatu….

Kita bersama melakar impian…
Impian membina sebuah ‘Mahligai Bahagia’
Bersulam cinta dan rasa sayang…
Dibaluti dengan penuh rasa keikhlasan....

Namun...tidak mungkin segala kan indah…
Adakala gerimis bertandang…
Bersama usikan badai ‘perasaan’…
Kekadang mengundang suara bisikan…
Yang berdebu dengan bayangan kekalutan…

Aduhai insan yang bergelar ‘Rosliana’…
Betapa cintaku hanya padamu....
Keikhlasan dan sayangku hanya padamu…..
Seorang insan…bertakhta utuh…
Di pelaminan hati yang membugar …
Dengan kuntuman mekar kasih mewangi...

Aku meyintaimu wahai insan yang bergelar 'Rosliana'....

" MATLAMAT "


Hari semakin berganti...detik-detik seakan pantas berlalu dalam meniti usia masa...terkadang terfikir jua dek akal ini akan kepastian waktu...waktu seolah-olah memberi laluan yang tulus dalam merealisasikan satu matlamat...matlamat yang dirasakan begitu ikhlas dan begitu penting pada diriku sebagai seorang insan...seorang insan yang sama seperti insan-insan yang lain...ingin saja aku mengecapi matlamat itu dengan orang yang paling aku sayang...terlalu sayang rasanya sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata seadanya...aku jua berharap agar insan yang aku sayang itu sama seperti yang aku rasa kepadanya...aku menyintainya bukan sekadar hanya omong-omong kosong, tetapi rasa cinta ini penuh dengan perisian-perisian kenikmatan dunia dan jua akhirat seadanya...Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku...titipkanlah kebahagian antara kami, agar kemesraan itu abadi...seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi…Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat…dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini dan janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat jua…jauhilah aku dalam kemaksiatan dan kemungkaran dan aku pinta padaMu agar dikurniakan aku seorang pasangan yang beriman…supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...Amin....

Thursday, January 1, 2009

" PERUTUSAN CINTA "

Lautan itu kesepiannya luas....lari kejauhan, wajahnya datar menadah simbahan hangat cinta sang matahari setiap masa berdetik....kehangatan cinta itu mengeluwapkan butiran embun halus dari dataran muka lautan membentuk kabus.....kabus-kabus berpelukan menjadi kabut... kabut-kabut yang suci saling ampu-mengampu melawan graviti sehingga melangit tinggi membentuk gerombolan-gerombolan awan putih...dengan penuh kelembutan cinta, gerombolan awan mulus yang sarat itu diarak sang angin....bagai raja diarak di atas singgahsana, perarakan itu membawa kedinginan cinta ke daerah-daerah kontang....di mana setibanya, awan-awan itu terus menerpa mesra sang gunung yang berdiri setia...kemudian memeluknya.....pelukan itu pelukan cinta sang awan..kerinduan agaknya sehingga menitiskan air matanya...lalu titisan-titisan rahmat memenuhi alam, membasahkan muka-muka daun yang kering sebelum menerpa ke muka bumi yang dahaga...air mata cinta itu lalu mengalir di dada sang gunung... arusnya berlari-lari mengucup lembut batuan-batuan dengan penuh kasih...Batuan itu lalu menitipkan zat-zat mineral ke perut arus, pelengkap perutusan cinta dari Pencipta kepada hamba-hambaNya...Pencipta yang meniupkan roh-roh cinta ke seluruh alam seadanya....cinta laut dan matahari, cinta angin dan awan, cinta gunung dan air....bongkah-bongkah alam ini saling cinta-mencintai dengan penuh ikhlas untuk menghidupkan seluruh binaan penciptaan...sungguh agung perutusan cinta dari Allah S.W.T....