Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Saturday, January 10, 2009

" FIKIR-FIKIRKANLAH "

Entah la...terkadang kusut jua pemikiranku bila diimbas kembali apa yang aku rasa...perasaan yang berdetik baru seketika jua setelah hampir sejam aku melayari keindahan perasaan...mungkin ini adalah suatu permainan perasaan yang ada dalam diri setiap insan yang bergelar 'pasangan bercinta'...tetapi mengapa perasaan itu hadir secara tiba-tiba..???...tidak ku minta perasaan ini hadir dan sebolehnya aku tidak mahu memikirkan tentang perasaan itu...tapi aku hanyalah seorang insan yang sangat lemah...kehadiran perasaan yang tidakku pinta ini terus menghantui dan terus mengejarku seumpama bayang-bayang hitam yang ketandusan bicara....aku sedar bahawa aku tidak perlu memikirkan sangat perasaan seperti ini, namun aku jua tidak mampu untuk membohongi diriku sendiri tentang apa yang aku rasa...cemburukah aku atau sensitifnya aku tentang hal ini..???..susah hendak ditafsirkan....aku terlalu menyintainya, terlalu menyanyanginya dan aku berasakan bahawa dia adalah sebahagian besar dari kehidupanku...mungkin berdasarkan itu yang telah membuatkan aku berasa seperti sekarang....kenangan hanyalah kenangan, dan seharusnya kita tidak perlu hidup dialam kenangan...biarpun kenangan itu adalah kenangan yang istimewa dalam kehidupan kita....susah hendak diterangkan secara nyata tetapi memang sebegitulah realitinya....cinta sebenarnya tidak boleh disamakan....cinta sememangnya tidak boleh dibandingkan...cinta yang ikhlas adalah cinta yang disemaikan dengan satu perasaan yang begitu suci...penerimaan cinta yang seadanya ini tampa perbandingan dengan mana-mana cinta adalah terlalu penting dalam menyuburkan lagi perasaan itu....aku sepatutnya tidak perlu membuka cerita seperti sebegini...tetapi hatiku ini tetap terus meronta-ronta agar coretan ini dilakar...lakaran buat insan yang sangat-sangat aku cintai...." kadangkala untuk mencipta kenangan baru...kenangan lama harus dilupakan terus agar kenangan baru itu tidak terpengaruh dengan kenangan lama....dengan itu kenangan baru akan lebih ikhlas dan lebih suci seadanya "....fikir-fikirkanlah....

No comments: