Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, January 29, 2009

" DIKALA PERTUNANGAN DALAM KENANGAN "






' Indah dijiwa tenang dihati '...itulah umpamanya perasaan ku ketika ini...aku seakan tidak percaya diatas apa yang berlaku, seumpama masa yang begitu pantas dalam memutarkan waktu-waktunya....kini telah tertulis dan telah ditentukan oleh Allah yang Satu bahawa satu peristiwa yang begitu indah ini telah tercatit dalam kamus penting hidupku....tanggal 27 hb Januari 2009 adalah tarikh keramat bagiku, aku menyedarinya secara telus dan kini sekali lagi aku menyedari bahawa aku kini telah bergelar tunangan orang....
tunang kepada seorang wanita yang sangat-sangat aku cintai sejak dulu, kini dan selamanya...insyaAllah....sejak aku mengenali dirinya telah terlintas dibenak hatiku bahawa dia adalah insan yang begitu penting dalam hidupku....aku menyintainya bukan sekadar dipinggiran cuma, tetapi cinta ini cinta yang telus dan ikhlas yang hadir dari hati seorang insan yang bergelar pecinta..... bila terkenang kembali detik-detik 27 hb itu terasa begitu indah untuk dikongsikan....begitu banyak peristiwa yang berlaku pada tarikh tu....
banyak peristiwa yang meninggalkan kenangan manis dalam diriku pada waktu itu, dan tidak ketinggalan secebis peristiwa pahit yang akanku kenang sampai bila-bila sebagai satu pengajaran dalam kehidupan yang mendatang.....pagi 27 hb, aku terasa seperti kedamaian yang sangat-sangat tersusun dalam meniti masa-masa yang mendatang....dengan diiringi kehadiran keluarga dan saudara-mara ku, jelas menambahkan lagi kedamaian hatiku....ketika itu kami bercadang untuk bertolak ke gua musang pada jam 10 pagi, tapi seperti biasa orang
melayu tidak akan pernah tepat dalam memegang sebuah janji, aku akuinya....kereta pertama yang bertolak ke gua musang dinaiki adik-adikku bersama temannya pada jam 11 pagi....kereta kedua menyusur pada jam 11.10 pagi yang dinaiki jiran-jiranku....dan seterusnya ketiga-tiga kereta lagi menyusur pula pada jam lebih kurang 12 tengah hari....terlalu lewat padaku sebenarnya....tapi apakan daya, aku tidak mampu berbuat apa-apa....hanya kepasrahan yang mampu ku telan....dengan kerenah teman dan saudara maraku aku merasakan
kecacatan dalam perjalananku jelas nyata....dan sekali lagi aku hanya mampu memandang....kami berkumpul diperkarangan masjid chiku 2 dikala jam 3.30 petang....sekali lagi tersentak aku dibuatnya terhadap kelewatan yang begitu terserlah itu....selepas solat zohor dan bersiap-siap untuk ke rumah yang dituju, sekali lagi dugaan datang melanda kami....hujan selebat-lebatnya hadir tatkala semuanya telah diatur....sekali lagi kebingungan kami dibuatnya....jam hampir mencecah jam 4 petang, hendak atau tak kami terpaksa jua meredah kedinginan hujan seperti itu....
Alhamdulillah, setibanya kami ke tempat destinasi dituju hujan yang menganas dalam menitiskan titisan-titisan air kembali reda dan cuaca kembali seperti sedia kala....masih teringat lagi ketika menyusun barang-barang hantaran yang dibawa, tersentak jua aku disaat itu....saiz tapak kek pula tidak muat dengan kotak yang dibawa....bercampur baur perasaanku ketika itu dikala melihat ramai orang yang memerhatikan kami....atas dasar 'tebal muka' aku mengizinkan kek itu diletak bersama-sama dengan kotak asal...malu rasanya, huhu....setibanya kami, kami dijemput mesra oleh pihak keluarga perempuan walaupun menyedari kelewatan kami yang begitu terserlah itu....sesudah itu kami dijamu dengan hidangan yang cukup menyelerakan....'soloq' lada menambahkan lagi kerakusan kami dalam menjamah makanan ditambah lagi perjalanan yang mengambil masa yang begitu panjang menyebabkan kami berselera pada ketika itu....sesudah menjamu selera, topik utama dalam perbincangan kedua belah pihak bermula....permulaannya aku sedikit gusar disebabkan kekeliruan dari pihak kami, namun segalanya berjalan seperti yang dirancang....Alhamdulillah sekali lagi kehadrat Ilahi diatas kurnian istimewa ini....sejurus itu atas keinginan pihak kami untuk melihat wanita yang telah mencuri sepenuhnya hatiku ini, pihak keluarga perempuan mempersilakan insan istimewa pada ku ini tampil dengan membuat mata-mata yang memandang terpegun sejenak....cantik, ayu, manis, anggun, menarik semuanya bermain dalam benak hatiku....dan aku menjangkakan itu jua dari tafsiranku apabila melihat pandangan orang ramai terhadap dirinya....sesudah sesi berkenalan antara kedua belah pihak, seterusnya bermula sesi menyarung cincin pertunangan....diatas pelamin yang begiti indah dihias, aku dapat merasakan keindahan hati ini disamping tunang tersayang dirai bak raja sehari seadanya di atas pelamin....aku bahagia disaat itu, dan kini telah sah dia telah menjadi tunangku....aku menyintai tunangku sepenuh hati ini....aku terlalu menyanyanginya....dan jika suatu hari aku tiada di dunia ini, akanku bawa perasaan cintaku ini kepada dirinya bersama nafas-nafas terakhirku.....buat tunangku yang tersayang, sedarilah setiap nafasku ini akan aku sentiasa menyanyagi dan menyintaimu....terlalu indah perasaan ini bersamamu.....akanku kota janji kita, dalam mendirikan mahligai bahagia bersama....'seteguh cinta azizul kepad liana'....abg terlalu menyanyangimu sayang.....

No comments: