Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, October 14, 2010

...MEDIA..MEDIA..MEDIA.....

Aku still kat opis lagi ni, dan mungkin aku pulang lewat pagi nanti kot...keje pun masih berselerak atas meja aku ni...tapi ini bukan isunya, aku memang tak puas hati sangat-sangat bila tengok berita kat tv 1 gan tv 3 tadi....kalau kat umah confirm aku tengok berita awani punya sebab berita awani telus.....aku terasa kesal kerana media terus menerus menjadi petualang dan harus aku katakan media seperti 'dajal kecil' dalam memutarkan isu-isu berkisarkan kebenaran.....dan mungkin faktor politik jua menentukan benar atau salah sesuatu organisasi itu....aku cukup tidak berpuas hati dengan paparan yang dipamerkan dalam berita tersebut...isunya kenapa penyokong bola sepak kelantan yang disalahkan sehingga sedemikian rupa....cerita sebenarnya cuba dinafikan oleh pihak media itu sendiri....isu tentang keganasan penyokong kelantan terus disebarkan sehinggakan masyarakat mula membenci masyarakat kelantan....kenapa...???...mengapa isu sebenar tidak dihebohkan..???...kenapa hanya penyokong selangor yang diberi ruang untuk dipaparkan di kaca media...???...kenapa hanya rintihan suara penyokong selangor yang dicanagkan..???....kat sini aku hebahkan kebenarannya........kenapa media tidak menyiarkan laporan ini walaupun berulang kali diminta....adakah ini media yang adil..????....

Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu....malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati....apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik bagi yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang....aku amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah....aku cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada pihak penyokong kelantan gambar-gambar ni....sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.....cuba gunakan akal fikiran yang waras dalam menilai sesuatu perkara....

Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri (adakah pihak media menyiarkan berita ini) dimanakah keadilan, terutamanya kepada si mangsa.. Mengapa penyokong Kelantan selalu dianak tirikan oleh pihak media dan FAM???

Kereta polis tiba , agak lewat dan setelah mangsa tidak sedarkan diri

keadaan kereta polis kemek, dan cermin pecah akibat dibaling dengan objek keras oleh penyokong Selangor, gara-gara polis cuba untuk menyuraikan pergaduhan. Apa yang pelek disini , gambar kereta polis kemek dan cermin pecah langsung tidak dipaparkan di media tv @ surat khabar..

Kemungkinan magsa sedang koma, buktinya seorang penyokong mengajar mangsa mengucap dua kalimah syhahadat

Saturday, October 9, 2010

....SLIDE PRESENTATION NYA PASAL.....

Dah pukul 5.30 pagi dah...aku still depan laptop kat opis ni...slide yang aku wat sejak tengahari semalam dah siap jam 4 pagi tadi walaupun wat dengan bersengkang mata...member-member yang aku harap leh teman aku wat keje sedap jer tido kat sofa..pela punya membe..huhuhu...so, sekarang aku nak print slide yang hampir 300 helai ni tuk dijadikan rujukan oleh bos aku besok...harap-harap tak der la komen, kalau dikomen lebih-lebih maunya mengamuk aku nanti...hahaha....dah la semalam balik kul 7 pagi...hari ni plak 7 pagi gak la kot, huhuhu....bangla pun tak keje teruk-teruk cam aku tau, hehe...tapi tak pe la, aku buat yang termampu jer....dah la minggu ni tak leh balik jumpa anak gan wife aku, rindu kat dorang sangat-sangat...hanya gan telefon gan gambar jer yang jadi pengubat rindu aku kat dorang....erm, sekarang aku mula merasai kemengantukkan yang terlampau-lampau ar....sedap jer kalau leh tido ni....huhuhuhu.....

Thursday, October 7, 2010

...KE A&W TESCO...

Sabtu minggu lepas kami berada di kota bharu so, masa nilah kami nak bersama-samakan setelah beberapa hari tidak dapat bersama...aku gan wife sebenarnya nak ke restoran cik siti yang berhampiran gan stadium tu tapi malangnya restoran tersebut tutup la plak....so, untuk menghilangkan kehampaan aku mencadangkan tuk makan a&w kat tesco tu jer la...makanan takderla penting masa tu tetapi tempat a&w tersebut memang cantik....

Kalau ada widad, makan kat mana-mana pun jadi best...hehe...

Aku gan widad....sama tak..hahaha...

My lovely son...widad...


Comel pic ni...ibu dia nak minum dia pun sibuk nak pegang-pegang..pela widad...hehe...

...ADIK AKU EKSIDEN LA PLAK...

Ni sepatutnya dah jadi entry lama dah tapi memandangkan kesibukan aku yang tahap melampau-lampau, aku 'peramkan' dulu entry ni dan lewat pagi ni akan aku postkan....
Adik aku eksiden !!!!...terkejut gak aku bila jiran aku telefon aku dan bagitau adik aku eksiden....lantas terus aku ke klinik wakaf bharu tuk mendapatkan adik aku....sampai jer kat situ aku tengok cam teruk gak adik aku ni...bahagian kaki dia memang kena 'jahit' sebab luka dalam....fuhh, kesian tul...dah la sebulan yang lalu adik aku dah eksiden dah tapi yang tu takder la sampai cedera-cedera ni.....kisah yang berlaku khamis minggu lepas ni aku dengar camni, adik aku dari klinik pasir pekan selepas beli ubat batuk dari klinik tersebut....bila adik aku bawak motor menuju ke jalan utama, motor adik aku dilanggar oleh motor 125 z yang dinaiki 'mat rempit' aku rasa....kesian adik aku yang jadi mangsa keadaan plak...mamat tu takde pe-pe cuma motor dia la kena 'angkat enjin'.....nasib baik la ada org tua berhampiran kejadian tersebut menenangkan budak-budak yang mengenali adik aku..kalau tak maunya mati mamat tu kena belasah kot.....erm, sampai sekarang dah seminggu adik aku duk berbaring kat umah, dan seminggu jugaklah dia tak pi kerja...so, mangsa keadaan tul adik aku ni.....huhuhuhuhu.......

Ni masa mula-mula aku sampai...adik aku dah dikenakan rawatan dah....

Sakit-sakit pun sempat lagi 'peace' tu...hahaha....

Aku pun heran la, camne tudung adik aku tu leh tembus-tembus walhal dia pakai helmet...????

Sape-sape takut darah jangan cuba-cuba tengok k...hehehe...

...PUKUL TIGA PAGI....

Ketika aku tulis entry baru ni aku berada kat opis....jam dah pukul 3 pagi dah, sesuai gan lagu p.ramlee tu...'pukul tiga pagi'..hehe....sebenarnya kebelakangan ni aku memang terlalu sibuk sangat-sangat....ni pun aku rest jap tuk tenangkan kepala otak aku sebelum aku terskan kembali keje yang nak aku sudahkan pagi ni gak tuk kegunaan tengahari....pela, cam deraan fizikal gan mental sekali....membe-membe aku si piju gan lie dah sedap melentok kat sofa ruang tamu tu, sedapnya kalau dapat tido kan...hehehe....tapi takpela, siap nanti aku balik uamah dan tido puas-puas...saper nak kisah kan.......hahaha...

Friday, September 24, 2010

....TENGAH BLURRR....

Arini aku cam blur sangat-sangat sampaikan nak taip satu entry tuk blog pun aku rasa cam malas....aku sekarang berada kat chiku, semalam baru aku sampai sini dari kota bharu....cam banyak eksiden jer semalam masa on the way balik chiku...dengan lembu kena langgar sampai mengelupur kat jalan raya, lori terbalik la dan ada motor eksiden la.....nasib baik la sepanjang perjalanan semalam aku takder apa, alhamdulillah la kan walaupun masa tu memang aku ngantuk sangat sampai kena brenti berehat kat stesen minyak.....

Dan kisah arini plak wife aku dapat dua jemputan yang berbeza tema...satu rumah terbuka opismate dia kat sungai terah dan satu lagi majlis hari jadi anak kawan wife aku kat perasu.....aku cam biasa layan jela...pe nak dikata kan...hahahaha......

Ni gambar masa kat umah kawan wife aku kat sungai terah ni...best, leh makan sate...hehehe...

Ni hadiah untuk anak kawan wife aku...permainan golf...nama anak dia hafiz, makin bulat budak tu tapi still cerdik...

Wednesday, September 22, 2010

...PUASA ENAM...

Arini aku mula puasa enam dikala orang lain dah abis dah menjalani puasa enam ni...tapi takper la, janji niat aku nak puasa enam hari bulan syawal tercapai udah ar....wife aku plak dah dua ari dah puasa, aku jer yang baru start arini tu pun sebab ada adik aku yang puasa sama..kalau tak tah bila la aku nak mulakan..hehehe...so, selamat berpuasa enam untuk aku...........


PUASA SUNAT ENAM SYAWAL



SYARAT dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Walaupun begitu dalam kalangan para ilmuan berbeza pendapat - adakah puasa enam ini dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat - puasa sunat ini boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai puasa sunat enam hari ini. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih baik disegerakan pelaksanaan puasa sunat enam Syawal berdasarkan firman Allah SWT : "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [Surah Ali Imran, 3 :133].


Selamat menjalani ibadah puasa enam.

Tuesday, September 21, 2010

...SESAK NAFAS LA PLAK...

Tah la, aku pun cam kurang pasti kenapa dan mengapa aku jadi camtu...rasanya pagi tadi aku ok jer...tapi selepas aku makan nasi lemak gan lauk paru aku jadi cam sesak nafas sangat-sangat...aku cuba ar minum air suam kot-kot tekak aku ni cam tersumbat tapi tak leh gak...so, buat masa sekarang ni aku hanya makan gula-gula hack jer...ada la rasa baik sikit selepas makan gula-gula tersebut tapi sesak nafas tetap ada....karang kalau tak baik lagi aku rasa cam nak pi klinik jer...apa-apa pun kat bawah ni ada info sal sesak nafas..........



Seberapa sering kita mensyukuri kenikmatan bernafas? Setelah mengalami asma, bronchitis, alergi, flu ataupun tidak diketahui penyebabnya, barulah disadari bahwa hidup tidak terlalu nikmat bila harus mengatur strategi hanya untuk bernafas.

Oksigen adalah sumber energi utama, maka mutlak diperlukan dalam jumlah berlimpah agar setiap sel dapat melakukan metabolisme. Beberapa penyebab sulit bernafas di antaranya, pertama adalah faktor keturunan, yang memang dari sono-nya memiliki paru-paru dan organ pernafasan lemah. Ditambah kelelahan bekerja dan gelisah, maka bagian-bagian tubuh akan memulai fungsi tidak normal.

Kabar baiknya, ini tidak otomatis membuat tubuh menderita, sebab secara alami akan melindungi diri sendiri. Namun demikian, sistem pertahanan bekerja ekstra, bahkan kadang-kadang alergi dan asma timbul sebagai reaksi dari sistem pertahanan tubuh yang bekerja terlalu keras.

Kedua, karena faktor lingkungan. Udara dingin dan lembab dapat menyebabkan sesak nafas. Demikian pula dengan serbuk sari bunga (pollen) dan partikel lain. Bekerja di lingkungan berdebu atau asap dapat memicu sesak nafas berkepanjangan. Polusi pada saluran hidung disebabkan pula oleh rokok yang dengan langsung dapat mengurangi suplai oksigen.

Ketiga, adalah produksi lendir yang berlebihan akan menyumbat saluran udara. Makanan yang menyebabkan produksi lendir berlebih adalah produk dari susu, tepung, nasi putih, dan permen.

Penyebab sesak nafas yang keempat dapat pula karena kurangnya asupan cairan sehingga lendir pada paru-paru dan saluran nafas mengental. Kondisi ini juga menjadi situasi yang menyenangkan bagi mikroba untuk berkembang biak.

Kelima, masalah pada susunan tulang atau otot tegang pada punggung bagian atas akan menghambat sensor syaraf dan bioenergi dari dan menuju paru-paru.

Hal keenam yang juga dapat menimbulkan sesak nafas adalah ketidakstabilan emosi. Orang-orang yang gelisah, depresi, ketakutan, rendah diri cendertung untuk sering menahan nafas. Atau justru menarik nafas terlalu sering dan dangkal sehingga terengah-engah. Dalam waktu yang lama, kebiasaan ini berpengaruh terhadap produksi kelenjar adrenal dan hormon, yang berkaitan langsung dengan sistem pertahanan tubuh. Kurang pendidikan bisa juga menyebabkan sesak nafas. Pengetahuan akan cara bernafas yang baik dan benar akan bermanfaat dalam jangka panjang baik terhadap fisik maupun emosi seseorang.

Jalan keluar untuk mengatasi sesak nafas yang paling cepat adalah berada pada lingkungan hijau dan lapang. Jika tidak memiliki kemampuan untuk sering pergi keluar kota, ke gunung atau laut, tanamlah pohon berdaun hijau lebat di sekitar tempat tinggal yang akan memproduksi banyak oksigen dan menyerap polusi. Setiap saat menemukan lingkungan hijau dan bersih, berjalan kakilah dan hirup udara dalam-dalam.

Para penyandang sesak nafas kronis sebaiknya menghindari konsumsi bahan susu berlebihan, gula putih, permen, tepung dan nasi putih. Jika nafas sudah mulai teratur, makanan itu dapat dikonsumsi dalam jumlah sedikit untuk melihat reaksi tubuh. Dalam waktu yang sama konsumsi buah dan sayuran dalam jumlah banyak. Minum air hangat 6-8 gelas per hari.

Jika sesak nafas diiringi flu atau demam, makanlah sup yang dibumbui bawang merah, bawang putih, lada, kayu manis, jahe dan cengkih. Bumbu tersebut dapat membantu membuka sumbatan pada saluran nafas.

Mengelola emosi sangat penting untuk menyembuhkan masalah pernafasan. Banyak cara yang bisa dilakukan seperti berpikiran positif, menghilangkan ketakutan yang tidak beralasan, bahkan sering tersenyum akan sangat membantu. Namun demikian cara mengelola emosi yang tepat hanya diketahui oleh pribadi masing-masing.

Olahraga yang menggerakkan punggung atas dan dada sangat membantu mengalirkan darah dan energi penyembuhan. Perlu diingat jika kita merawat tubuh dan pikiran, imbal baliknya adalah kenikmatan yang tak terkira.

Monday, September 20, 2010

...TIKET BOLA KELANTAN VS KL PLUS...

Malam ni adalah malam yang penting buat pasukan kelantan dalam mengharungi perlawanan dalam kancah piala malaysia...setelah tewas kepada ns 0-1 dilaman sendiri dan menang ke atas pkns 0-1 dilaman lawan, malam ni merupakan malam kebangkitan bagi pasukan kelantan....kl plus adalah pasukan yang bisa mencabar kedudukan pasukan kelantan dimana pasukan tersebut telah mengikat juara bertahan ns di laman lawan 1-1....namun jika diimbas kembali saingan liga kelantan telah membuktikan bisanya dengan kemenangan 0-3 di kuala lumpur dan kemenangan 4-1 dilaman sendiri...namun malam ini adalah penentunya apabila kelantan hadir tampa tonggak pertahanan yang kuat apabila subramaniam tidak dapat beraksi begitu juga dengan daudsu jamaluddin yang mengalami hamtring...apapun keputusan kemenangan yang harus dimiliki pasukan kelantan malam ini...aku dah dapat tiket dah, tapi kat sini cam nak ujan jer....harap-harap tak ujan la.....gomo kelate gomo...

...PULANG KE KOTA BHARU....

Hari sabtu petang aritu aku pulang ke kota bharu bersama adik ipar aku....jalan punya la jem sampai tersangkut-sangkut plak....masa aku lalu kat pulai chondong aku nampak ada satu kemalangan dimana sebuah kete honda cam nak terjunam kat lembah...tapi aku rasa tak teruk mana kete tu...tarik naik ok balik la kot..hehe...lepas aku hantar adir ipar aku kat wakaf che yeh aku terus pulang ke rukah aku..dalam malam gak ar sampai....huhuhu...

Ni kete yang aku tulis...takder la teruk sangat pun kan...hehe...

GAYA-GAYA SEORANG MODEL SEADANYA...HEHE...

Ni aku letakkan sekali gambar-gambar thaqeef widad dengan bermacam gaya...memang widad suka bergambar dari kecik lagi...mana taknya, masa kecik asyik pandang kamera jer....macam tau-tau jer orang nak amik gambar dia...dah 4 bulan lebih ni, bila nak amik jer gambar dia terus senyum...pela...hehehe....

Aku suka gambar ni...senyum meleret jer...manis anak baba ni tau...

Gambar kat photo studio ni...

Cam profersor la plak...siap ada laptop kat sbelah plak tu...hahaha...(pak sedara dianya keje)

Baru lepas minum susu ni...kenyang suka la ek...hehe...

...GAMBAR KAT PHOTO STUDIO...

Ni planing wife aku sebenarnya...wife aku cakap, tuk sekarang ni memang la kita takkan perasan tapi bila dah tua esok-esok gambar-gambar macam ni la yang dapat mengimbau kenangan-kenangan manis masa silam...pada aku tul gak sebab, aku dulu tak suka sangat bergambar dan sekarang aku cam kehilangan memori silam tampa tatapan di hadapan...

Tema merah tahun ni...satu kaler gan kete aku , sampul duit raya, gan color the red warriors...hehe..

Bermacam-macam gaya anak baba ni...tapi yang pentingnya dia mudah tuk bergambar....keje tauke kedai gambar pun senang....hehehe...

Hijau plak...aku tak bercadang pun nak bergambar gan baju ni...huhu...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KETUJUH)

Pada pagi raya ketujuh tu ramai yang tak keje dan ramai yang wat umah terbuka kot sebab hari tersebut merupakan cuti umum iaitu cuti hari malaysia (first time ni)....so, ada la kenalan wife aku yang merangkap customer tetap mengadakan rumah terbuka kat chiku 7....dia telah menjemput wife aku kami pun pegi la kan...memang jauh chiku 7 ni, jalan ladang sawit lak tu..hehe...tapi takper la, sesampai kat sana leh gak makan nasi himpit, hehehe....selepas ke rumah kenalan wife aku tu, aku terus hantar mak mertua gan adik ipar aku kat umah kerana kami sekeluarga ke bandar gua musang tuk merakam gambar kenangan hari raya kat photo studio....sesudah tu, kami kemudian ke kfc plak tuk makan dan aku pilih kfc sebab ada aircond....kalau kedai-kedai biasa sian anak aku...dah la takleh panas-panas, nanti dia cepat berpeluh...

Wah bergaya tul anak baba pegang stereng kete...nak ganti baba ek..hehe...

Sian dia, kami duk makan widad duk perati jer kan..pela baba gan ibu ni....hehehe..

Memang kejenya sekarang asyik nak senyum jer...orang batuk pun senyum...orang bercakap pun senyum...pedaaaa....hehehe...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KEENAM)

Pada hari raya keenam ni widad nak kena buat checkup kat klinik desa chiku 2....aku ingat nak kena inject dah si widad ni tapi lom lagi (selamat dia,hehe..) akak nurse kat situ cuma nak tau perkembangan widad gan buat ukuran gan timbangan baru je....kini berat widad 6.3 kg dan tingginya 65 cm...ok la gan usia dia 4 bulan lebih tu....hehehe...balik jer rumah sempat gi la aku repair laptop customer sambil-sambil melayan si widad ni...hehehe...

Cam cantik je view ni...ibu widad sengaja nak pamerkan kete satria neo dia kot....hehe...

Laptop customer yang aku repair sambil dibantu wife aku...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KELIMA)

Pada raya kelima ni sepatutnya aku kena keje gak tapi aku tak pegi pun sebab memang aku tak sihat sangat-sangat pagi tu...pada pemikiran aku, aku nak jer ke klinik tuk cari mc tapi tak tertunai la plak, huhuhu....tapi ada gak hikmatnya sebab aku gan wife aku dapat ke kedai peralatan sukan tuk beli meja pingpong tuk disumbangkan....Rm 530 sekali gan net..suh, mahal tu...hehe...sesudah tu kami pulang ke rumah parents aku tuk bersiap dan kami kembali pulang ke kampung wife aku di chiku 2...dramatik gak la sebab aku nak tengok bola sangat-sangat malam tu sampai bawak keje laju gak ar tuk kejar masa tuk tengok live kelantan vs ns...sampai-sampai jer kat sana, sekali ujan turun daaa...takleh tengok plak...hampa tul, huhhuhu....cuma separuh masa kedua la leh tengok jap...tu pun hampa gak sebab kelantan tewas 0-1 kepada ns....hampa-hampa....huhuhu...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KEEMPAT)

Raya keempat aku kena keje la....sian aku kan,huhuhu...kat opis hanya ada 6 orang jer....tapi kami still cool punya, hehehe....tengahari tu sempat gak aku pi umah terbuka kawan-kawan sepejabat aku kat kampung sireh gan pintu geng (sebulan dah janji nak pi)...ok la sebab masa kat kampung sireh tu aku dapat makan roti cicah gulai (memang best gulai tu) dan kat pintu geng leh lak makan bihun sup....selesai je pi umah terbuka tersebut aku terus je balik umah sebab kitaorang nak ke rumah pak sedara aku kat tanah merah sebab ada majlis menyambut menantu cousin aku...balik jer aku rasa demam aku makin teruk plak sampai kena makan ubat n selimut tuk peluhkan badan dan alhamdulillah, aku pulih la walaupun tuk sekejap..hehehe....selepas tu kami bertolak terus ke tanah merah dan dalam malam gak la kami sampai sebab brenti beli hadiah lagi...tapi best la sebab pada malam tersebut sekali lagi kami dapat berkumpul beramai-ramai......

Bersiap tuk ke tanah merah...topi yang widad pakai tu kejap ke tu...hehehe...
Dua sepupu...hehe....ni anak akak aku amsyar ni...manja yaamat...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KETIGA)

Raya ketiga lak pada aku cam raya kedua gak tapi kali ni kami tak ramai la mengunjungi umah saudara sebab ada antara adik-adik aku yang ada agendanya yang tersendiri....kakak aku demam, aboh aku pun demam so, dorang memang tak dapat yang ikut kami....kali ini kami ke rumah saudara yang sekitar kampung aku jer....ada la dalam 3-4 buah rumah kami singgah sebab kami kesuntukan masa disebabkan mak aku dah kena keje kul 3...so, tak dapat la kami nak pi jauh-jauh...tapi ok gak la sebab aku rasakan yang widad pun tak sihat sangat...aku pun dah mula rasa tak sihat sangat-sangat time tu....virus dari terengganu menyerang kot...hahaha....

Sempat gi bergambar kat umah tok sedara aku....kesian, dah berumur dah dia....

Widad muka pun nampak sangat tak sihat tapi lasak budak ni....anak aku katakan...hahaha...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KEDUA)

Pada hari raya kedua kami beraya di kota bharu...memang kami sekeluarga dan merancang tuk berjalan sakan ke rumah sanak saudara yang jauh dan yang dekat sebab memang dah jadi kelaziman keluarga aku kot....kami terlebih dahulu bersarapan dengan juadah nasi dagang mak aku (wajib tiap-tiap tahun) dan selepas itu kami terus ke rumah sanak saudara....mula-mula kami ke tendong, pasir mas untuk mengunjungi rumah mak sedara aku kat sana...lama gak kot kami kat sana...seterusnya kami menuju ke belimbing, tanah merah untuk ke rumah mak sedara wife aku kat sana...tapi hampa lak sebab orang yang nak ditemui tu takder la plak...so, kami ke rumah cousin wife aku jer yang kebetulan berada di kawasan belimbing tu gak....dari belimbing kami terus plak ke bukit panau, tanah merah tuk berkumpul beramai-ramai dengan adik beradik aboh aku (mak sedara gan pak sedara aku la) tapi sayangnya aboh aku lak tak ikut sekali....selepas berjam-jam kami kat situ, kami bertolak pulang ke kota bharu dalam kul 2 or 3 petang kot....masa nak balik kota bharu jalannya memang sesak sangat-sangat....pada pemikiran aku memang ramai sangat-sangat orang kelantan yang ada kete ni..hehehe....sesampainya kami di kota bharu rumah parents aku lak dikunjungi saudara sampai ke malam dibuatnya...penatnya kami memang terasa sangat tapi inilah sebenarnya erti lebaran..tul tak...hehe...

CORET-CORET LEBARAN (RAYA PERTAMA)

Salam lebaran sekali lagi aku susurkan buat korang....arini kira dah masuk 11 syawal dah....begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kita dalam seribu kenangan....lama dah aku nak update blog aku ni tapi keadaan memang tak mengizinkan sangat....so, dikesempatan waktu yang ada ni aku rasa sempat la kot untuk aku mencoret-coret kisah kat sini.....pada aku lebaran kali ini amat bermakna bagi aku gan wife aku kerana kami beraya dengan 'orang baru' tahun ni....memang seronok sangat-sangat melihat telatahnya sampaikan begitu teruja sekali kami beraya hingga ke serata tempat aku rasa....dari gua musang, kota bharu, kuala krai, pasir mas, tanah merah merah dan jeli, semuanya kami jelajah tau....hahaha....sakan beraya kata orang...

Pada hari raya pertama kami beraya di kampung wife aku kat chiku 2, dan planing kami akan pulang beraya plak kat kampung aku kat kota bharu pada petang tersebut....pada raya tersebut sempat gak la kami beraya sampai sungai asap gan perasu....first time widad menyambut raya katakan...hehehe...sini aku lampirkan gambar-gambar masa raya pertama haritu.........


Baju melayu yang dibuat oleh 'ma tok' widad...songkok ada tapi longgar plak, hehe...tu yang pakai kopiah ni....ada gaya imam muda tak...hehehe...

Amboi widad, sronok ek tengok sampul raya....yang penting sampul raya the red warriors kan..isi tak penting,hehe...

Pe tah masalah sampai widad ke posisi terbawah lak..hahaha....

Widad gan gaya 'glepa'nya...huhuhu....