Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Monday, September 20, 2010

CORET-CORET LEBARAN (RAYA KEDUA)

Pada hari raya kedua kami beraya di kota bharu...memang kami sekeluarga dan merancang tuk berjalan sakan ke rumah sanak saudara yang jauh dan yang dekat sebab memang dah jadi kelaziman keluarga aku kot....kami terlebih dahulu bersarapan dengan juadah nasi dagang mak aku (wajib tiap-tiap tahun) dan selepas itu kami terus ke rumah sanak saudara....mula-mula kami ke tendong, pasir mas untuk mengunjungi rumah mak sedara aku kat sana...lama gak kot kami kat sana...seterusnya kami menuju ke belimbing, tanah merah untuk ke rumah mak sedara wife aku kat sana...tapi hampa lak sebab orang yang nak ditemui tu takder la plak...so, kami ke rumah cousin wife aku jer yang kebetulan berada di kawasan belimbing tu gak....dari belimbing kami terus plak ke bukit panau, tanah merah tuk berkumpul beramai-ramai dengan adik beradik aboh aku (mak sedara gan pak sedara aku la) tapi sayangnya aboh aku lak tak ikut sekali....selepas berjam-jam kami kat situ, kami bertolak pulang ke kota bharu dalam kul 2 or 3 petang kot....masa nak balik kota bharu jalannya memang sesak sangat-sangat....pada pemikiran aku memang ramai sangat-sangat orang kelantan yang ada kete ni..hehehe....sesampainya kami di kota bharu rumah parents aku lak dikunjungi saudara sampai ke malam dibuatnya...penatnya kami memang terasa sangat tapi inilah sebenarnya erti lebaran..tul tak...hehe...

No comments: