Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, October 14, 2010

...MEDIA..MEDIA..MEDIA.....

Aku still kat opis lagi ni, dan mungkin aku pulang lewat pagi nanti kot...keje pun masih berselerak atas meja aku ni...tapi ini bukan isunya, aku memang tak puas hati sangat-sangat bila tengok berita kat tv 1 gan tv 3 tadi....kalau kat umah confirm aku tengok berita awani punya sebab berita awani telus.....aku terasa kesal kerana media terus menerus menjadi petualang dan harus aku katakan media seperti 'dajal kecil' dalam memutarkan isu-isu berkisarkan kebenaran.....dan mungkin faktor politik jua menentukan benar atau salah sesuatu organisasi itu....aku cukup tidak berpuas hati dengan paparan yang dipamerkan dalam berita tersebut...isunya kenapa penyokong bola sepak kelantan yang disalahkan sehingga sedemikian rupa....cerita sebenarnya cuba dinafikan oleh pihak media itu sendiri....isu tentang keganasan penyokong kelantan terus disebarkan sehinggakan masyarakat mula membenci masyarakat kelantan....kenapa...???...mengapa isu sebenar tidak dihebohkan..???...kenapa hanya penyokong selangor yang diberi ruang untuk dipaparkan di kaca media...???...kenapa hanya rintihan suara penyokong selangor yang dicanagkan..???....kat sini aku hebahkan kebenarannya........kenapa media tidak menyiarkan laporan ini walaupun berulang kali diminta....adakah ini media yang adil..????....

Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu....malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati....apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik bagi yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang....aku amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah....aku cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada pihak penyokong kelantan gambar-gambar ni....sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.....cuba gunakan akal fikiran yang waras dalam menilai sesuatu perkara....

Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri (adakah pihak media menyiarkan berita ini) dimanakah keadilan, terutamanya kepada si mangsa.. Mengapa penyokong Kelantan selalu dianak tirikan oleh pihak media dan FAM???

Kereta polis tiba , agak lewat dan setelah mangsa tidak sedarkan diri

keadaan kereta polis kemek, dan cermin pecah akibat dibaling dengan objek keras oleh penyokong Selangor, gara-gara polis cuba untuk menyuraikan pergaduhan. Apa yang pelek disini , gambar kereta polis kemek dan cermin pecah langsung tidak dipaparkan di media tv @ surat khabar..

Kemungkinan magsa sedang koma, buktinya seorang penyokong mengajar mangsa mengucap dua kalimah syhahadat

Saturday, October 9, 2010

....SLIDE PRESENTATION NYA PASAL.....

Dah pukul 5.30 pagi dah...aku still depan laptop kat opis ni...slide yang aku wat sejak tengahari semalam dah siap jam 4 pagi tadi walaupun wat dengan bersengkang mata...member-member yang aku harap leh teman aku wat keje sedap jer tido kat sofa..pela punya membe..huhuhu...so, sekarang aku nak print slide yang hampir 300 helai ni tuk dijadikan rujukan oleh bos aku besok...harap-harap tak der la komen, kalau dikomen lebih-lebih maunya mengamuk aku nanti...hahaha....dah la semalam balik kul 7 pagi...hari ni plak 7 pagi gak la kot, huhuhu....bangla pun tak keje teruk-teruk cam aku tau, hehe...tapi tak pe la, aku buat yang termampu jer....dah la minggu ni tak leh balik jumpa anak gan wife aku, rindu kat dorang sangat-sangat...hanya gan telefon gan gambar jer yang jadi pengubat rindu aku kat dorang....erm, sekarang aku mula merasai kemengantukkan yang terlampau-lampau ar....sedap jer kalau leh tido ni....huhuhuhu.....

Thursday, October 7, 2010

...KE A&W TESCO...

Sabtu minggu lepas kami berada di kota bharu so, masa nilah kami nak bersama-samakan setelah beberapa hari tidak dapat bersama...aku gan wife sebenarnya nak ke restoran cik siti yang berhampiran gan stadium tu tapi malangnya restoran tersebut tutup la plak....so, untuk menghilangkan kehampaan aku mencadangkan tuk makan a&w kat tesco tu jer la...makanan takderla penting masa tu tetapi tempat a&w tersebut memang cantik....

Kalau ada widad, makan kat mana-mana pun jadi best...hehe...

Aku gan widad....sama tak..hahaha...

My lovely son...widad...


Comel pic ni...ibu dia nak minum dia pun sibuk nak pegang-pegang..pela widad...hehe...

...ADIK AKU EKSIDEN LA PLAK...

Ni sepatutnya dah jadi entry lama dah tapi memandangkan kesibukan aku yang tahap melampau-lampau, aku 'peramkan' dulu entry ni dan lewat pagi ni akan aku postkan....
Adik aku eksiden !!!!...terkejut gak aku bila jiran aku telefon aku dan bagitau adik aku eksiden....lantas terus aku ke klinik wakaf bharu tuk mendapatkan adik aku....sampai jer kat situ aku tengok cam teruk gak adik aku ni...bahagian kaki dia memang kena 'jahit' sebab luka dalam....fuhh, kesian tul...dah la sebulan yang lalu adik aku dah eksiden dah tapi yang tu takder la sampai cedera-cedera ni.....kisah yang berlaku khamis minggu lepas ni aku dengar camni, adik aku dari klinik pasir pekan selepas beli ubat batuk dari klinik tersebut....bila adik aku bawak motor menuju ke jalan utama, motor adik aku dilanggar oleh motor 125 z yang dinaiki 'mat rempit' aku rasa....kesian adik aku yang jadi mangsa keadaan plak...mamat tu takde pe-pe cuma motor dia la kena 'angkat enjin'.....nasib baik la ada org tua berhampiran kejadian tersebut menenangkan budak-budak yang mengenali adik aku..kalau tak maunya mati mamat tu kena belasah kot.....erm, sampai sekarang dah seminggu adik aku duk berbaring kat umah, dan seminggu jugaklah dia tak pi kerja...so, mangsa keadaan tul adik aku ni.....huhuhuhuhu.......

Ni masa mula-mula aku sampai...adik aku dah dikenakan rawatan dah....

Sakit-sakit pun sempat lagi 'peace' tu...hahaha....

Aku pun heran la, camne tudung adik aku tu leh tembus-tembus walhal dia pakai helmet...????

Sape-sape takut darah jangan cuba-cuba tengok k...hehehe...

...PUKUL TIGA PAGI....

Ketika aku tulis entry baru ni aku berada kat opis....jam dah pukul 3 pagi dah, sesuai gan lagu p.ramlee tu...'pukul tiga pagi'..hehe....sebenarnya kebelakangan ni aku memang terlalu sibuk sangat-sangat....ni pun aku rest jap tuk tenangkan kepala otak aku sebelum aku terskan kembali keje yang nak aku sudahkan pagi ni gak tuk kegunaan tengahari....pela, cam deraan fizikal gan mental sekali....membe-membe aku si piju gan lie dah sedap melentok kat sofa ruang tamu tu, sedapnya kalau dapat tido kan...hehehe....tapi takpela, siap nanti aku balik uamah dan tido puas-puas...saper nak kisah kan.......hahaha...