
Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu....malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati....apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik bagi yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang....aku amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah....aku cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada pihak penyokong kelantan gambar-gambar ni....sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.....cuba gunakan akal fikiran yang waras dalam menilai sesuatu perkara....


Kemungkinan magsa sedang koma, buktinya seorang penyokong mengajar mangsa mengucap dua kalimah syhahadat
2 comments:
kesiannye...ramai penyokong Kelantan cedera???isk~ nape sampai camtu joe? jo gi Stadium Shah alam ke ari tu?
yela..bila dah nafsu mengatasi akal menda ni la yg terjadi..aku tak cakap penyokong kelantan baik tp kenapa media sengaja mengapi2kan keadaan dan kenapa media memaparkan hanya keburukan penyokong kelantan, walhal penyokong selangor sebenarnya bertindak ganas terlebih dahulu...gambar dan bukti banyak diemailkan kepada pihak media tentang keganasan penyokong selangor tetapi kenapa tidak dipaparkan....pelik kan mie...
Post a Comment