Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Saturday, January 3, 2009

" MATLAMAT "


Hari semakin berganti...detik-detik seakan pantas berlalu dalam meniti usia masa...terkadang terfikir jua dek akal ini akan kepastian waktu...waktu seolah-olah memberi laluan yang tulus dalam merealisasikan satu matlamat...matlamat yang dirasakan begitu ikhlas dan begitu penting pada diriku sebagai seorang insan...seorang insan yang sama seperti insan-insan yang lain...ingin saja aku mengecapi matlamat itu dengan orang yang paling aku sayang...terlalu sayang rasanya sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata seadanya...aku jua berharap agar insan yang aku sayang itu sama seperti yang aku rasa kepadanya...aku menyintainya bukan sekadar hanya omong-omong kosong, tetapi rasa cinta ini penuh dengan perisian-perisian kenikmatan dunia dan jua akhirat seadanya...Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku...titipkanlah kebahagian antara kami, agar kemesraan itu abadi...seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi…Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat…dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini dan janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat jua…jauhilah aku dalam kemaksiatan dan kemungkaran dan aku pinta padaMu agar dikurniakan aku seorang pasangan yang beriman…supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...Amin....

No comments: