Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Sunday, November 23, 2008

" PERASAAN INDAHNYA CINTA "


Kedamaian senja yang seiring dengan waktunya kini melewati tempohnya...kehadiran seketika awal malam ditambah deruan angin2 kencang membuatkan perasaanku seakan2 terbuka untuk membicarakan secara nyata tentang apa itu erti cinta, kasih dan sayang....aku sedar kita sebagai manusia ciptaan Yang Maha Esa ini tidak dapat lari dari menyintai atau dicintai..padaku itu adalah satu anugerah terindah yang diberikan Allah S.W.T untuk kita saling menyanyangi antara satu sama lain...aku jua tidak dapat menyembunyikan perasaanku ketika ini....kehadiran cinta dalam diriku membuatkan aku sedar seketika tentang keindahan kehidupan sesama manusia...keindahan antara dua insan dalam menjalani liku2 hidup yang penuh dengan perasaan cinta, kasih dan sayang...aku bukannya seorang insan yang takut untuk menyatakan perasaanku terhadap si dia...jangan ditanya kepadaku mengapa aku menyintainya..???...bila aku mula menyintainya...???....tidak..tidak...aku tidak mampu untuk memberikan jawapan yang setepatnya untuk persoalan itu kerana, aku cuma tahu yang aku sangat menyintainya dan ingin memiliki hatinya...hati seorang insan yang berjaya menempatkan hatinya disisi hatiku..seorang insan yang memberikan perasaan cinta kembali kepadaku....dan seorang insan yang mampu memberikan kebahagiaan yang indah kepadaku...terima kasih banyak2 sayang kerana memberi secebis harapan kepada seorang insan yang serba kekurangan ini untuk mengenal kembali apa itu cinta...aku menyintainya bukan sahaja di waktu bangun tidur....malah aku menyintainya ketika tengah hari menjelang tiba...aku menyintainya sesudah petang menyapa hari...bila petang melambai dan hadirnya malam, aku masih lagi menyintainya....adakalanya jika aku diberi peluang untuk menyintainya ketika waktu tidur sekalipun..ingin saja aku sematnya perasaan cintaku terhadap si dia melalui keindahan mimpi2, agar membuatkan aku sedar yang aku begitu menyintainya....cinta sebenarnya tidak harus dipaksa...cinta yang setulusnya harus dirasai dengan mata hati kita...hati yang dikurniakan dengan indah sekali oleh penciptaNya, agar dipelihara dengan sewajarnya....

No comments: