Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Sunday, November 2, 2008

" KEINDAHAN DAN KEPILUAN "


Tafsiran hati penuh gelora,
mengungkap cinta tiada sempadannya,
mungkin telah diabadikan bersama,
cinta dalam dalam jiwa seharusnya sentiasa...


Terasa indahnya bila kita mengungkapan rasa cinta pada seseorang...dan terasa indah lagi jika ungkapan sedemikian diungkapkan jua oleh si dia...bila ungkapan dari dua pasangan diungkapkan, satu gelora perasaan akan hadir tampa banyak bicaranya...dan bila gelora perasaaan itu hadir dalam jiwa kita..cinta akan lebih terasa dan akan menikmati keistimewaannya apa itu cinta...cinta seharusnya diabadikan dalam jiwa jika kita inginkan ia sentiasa gelora..dan dalam mengabadikan perasaan cinta itu banyak perkara menjadi halangannya dan jika halangan itu menjadi alasan kenapa cinta tidak dapat diabadikan, kita tidak mungkin akan menikmati apa itu cinta yang setulusnya.....


sambil memakai cincin suasa,
mata terpandang sarang tempua,
pilunya hati bila terasa,
umpama dihiris ditikam jua....


Alangkah pilunya jika hati tidak seia..terasa pisau tertikam didada...itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan jika jiwa mengalami pergolakan sedemikian....kita perlu sedar akan perkara tersebut....bila hati terhirus pilu kita akan mengalami satu pergolakan perasaan yang paling mendalam dalam diri kita..ia akan hadir bersama pelbagai alasan yang mungkin pada akal kita sebagai seorang manusia yang banyak kelemahannya ini adalah logik dan akalakanya tidak logik jua jika ditafsirkan secara mendalam...banyak pengalaman dan pandangan dari orang ramai yang dapat ku dengar megenai permasaalahan sedemikian...ada yang sampai merana bila perasaan melampaui batasan pemikiran...kita seharusnya sedar, kita sebagai hamba Allah S.W.T harus mentafsirkan sebijak2nya dalam menghadapi keadaan2 yang menimpa seperti itu...namun pada hakikatnya bila hati terasa pilu..jiwa akan sentiasa meratapi kesedihannya....



No comments: