pada keesokan harinya aku gan wife aku ke gua musang untuk baiki kete aku ni...first sekali aku ke kedai batery memandangkan aku rasa ini adalah masalah batery...sesudah tauke kedai batery tersebut membuat pemeriksaan ke atas batery kete aku, tauke kedai tersebut memberitahu aku bahawa batery kete aku ni dalam keadaan baik jer....aku pun bawak lak kete aku ni ke kedai aircond kete dengan harapan kete aku ni baik...selepas beberapa mekanik kat kedai aircond tersebut membuat pemeriksaan ke atas kete mereka pun menghantar lak kete aku ke kedai workshop lain memandangkan mereka juga tidak mengetahui masalah kete aku tu....selepas aku ke workshop yang pernah aku pi masa kete neo wife aku dulu problem mereka pun menjumpai masalah yang selama ini dihadapi oleh kete aku...masalahnya cuma 'plug' kete aku jer yang rosak...selepas plug kete aku ditukar dengan yang baru aku rasa kete aku dah kembali kepada keadaan asalnya....thanks tuk tauke cina tu...dia memang sempoi, lain kali kalau aku ada masalah kete, kesanala tempat yang mula-mula aku tuju....hehehehe...


Saturday, January 30, 2010
...KERETA AKU LAK ROSAK...
pada keesokan harinya aku gan wife aku ke gua musang untuk baiki kete aku ni...first sekali aku ke kedai batery memandangkan aku rasa ini adalah masalah batery...sesudah tauke kedai batery tersebut membuat pemeriksaan ke atas batery kete aku, tauke kedai tersebut memberitahu aku bahawa batery kete aku ni dalam keadaan baik jer....aku pun bawak lak kete aku ni ke kedai aircond kete dengan harapan kete aku ni baik...selepas beberapa mekanik kat kedai aircond tersebut membuat pemeriksaan ke atas kete mereka pun menghantar lak kete aku ke kedai workshop lain memandangkan mereka juga tidak mengetahui masalah kete aku tu....selepas aku ke workshop yang pernah aku pi masa kete neo wife aku dulu problem mereka pun menjumpai masalah yang selama ini dihadapi oleh kete aku...masalahnya cuma 'plug' kete aku jer yang rosak...selepas plug kete aku ditukar dengan yang baru aku rasa kete aku dah kembali kepada keadaan asalnya....thanks tuk tauke cina tu...dia memang sempoi, lain kali kalau aku ada masalah kete, kesanala tempat yang mula-mula aku tuju....hehehehe...
...KEDAI KOMPUTER WIFE AKU BERWAJAH BARU...
Korang dah sedia maklum kan yang wife aku ni bukak satu kedai komputer di bandar chiku 3.....dan aku rasa kedai komputer wife aku ni la kiranya kedai kompurer yang paling laris sekali....bukan nak memuji tapi memang kenyataannya memang begitu....sebenarnya selepas menerima projek dari ppd gua musang untuk membaik pulih komputer-komputer sekolah sekitar sini, wife aku juga sebenarnya dalam proses menjalankan pusat pembelajaran yang dikendalikan oleh jabatan pembangunan kemahiran...program ni dinamakan 'sldn' yang mana setiap pelajar mendapat elaun setiap bulan hasil dari pembelajaran tersebut....dengan pendaftaran pelajar seramai lebih 40 orang wife aku ingin mengubah suasana dan susunan kedai untuk mencantikkan dan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung......untuk itu wife aku telah menambahkan beberapa bijik komputer dan meja komputer yang lama digantikan dengan yang baru....setelah menghadapi beberapa kesulitan dalam pembikinan kedai ni akhirnya berjaya jugak apa yang diinginkan oleh wife aku....tahniah untuk wife aku..hehehe..
...NEO PROBLEM LAGI...
...6 BULAN KANDUNGAN...
...LORI BAJA TERBALIK...
....SANDWICH DE MAXIM...
...KE KLINIK...
Sunday, January 17, 2010
.....HINANYA BILA KEBURUKAN TERBONGKAR.....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi bernafas segar dibumiNya ni...di lembaran 2010 ni aku ingin berkongsi dengan korang pasal kejahilan manusia dan kerakusan manusia dalam menjalani kehidupan dengan mengetepikan halal haram sesuatu perkara tersebut....aku pun bukannya baik dan arif tentang bab-bab agama, tapi aku masih sedar tentang hukumnya....aku nak citer kat korang ni mengenai salah seorang penduduk kat kampung aku ni la...dia ni umur dalam lingkungan 40 an la...dia ni memang aku anti sejak kecik lagi, sebab dia ni la yang nak ajak aku lawan gan dia sebab tak puas hati anak dia kena belasah gan aku...tu citer lama, aku sekarang dah tak belasah orang dah, hehe....ada la satu hari ni aku lepas balik keje dan sempat la mandi kan.....tengah-tengah sedap bersantai kat rumah sambil tengok tv tiba-tiba aku sekeluarga terdengar orang bagi salam...bila bukak jer pintu ada dua orang lelaki, salah sorang tu penduduk kampung sini la, namanya 'udin' dan sorang lagi aku rasa dia ni bukan dari kampung sini sebab xpernah nampak pun...udin dan laki sorang lagi datang tu sebab nak jumpa mak aku....mak aku ni sebenarnya anak kepada tukang urut gan bidan kampung, memang tersohor la gak arwah nenek aku ni...tapi mak aku ni tak reti pun hal-hal mengurut gan bidankan orang ni....aku pun sedar menda ni...kalau nak suh mak aku masak memang cekap la dia, hehehe.....berbalik pada kisah tadi bila udin tu nak jumpa mak aku, aku yang kat dalam rumah ni sayup-sayup la terdengar perbualan mereka....antara dialog dorang lebih kurang camni la.. : -
udin - ada masalah sikit ni
mak aku - masalah apa?
udin - nak suh mok su nah buang menda berketul
mak aku - menda apanya?
udin - bini dia ni nak bersalin
mak aku - kalau nak bersalin, bersalin la
udin - masalahnya dia tak nak menda tu
mak aku - tak nak apanya pulak?
udin - sebenarnya nak suh mok su nak buang putik yang ada dalam perut bini dia ni
mak aku - nak suh gugur ker?
udin - boleh buat tak mok su nah
mak aku - tak pandai kita nak buat menda gini, gi cari tempat lain la
udin - tak boleh buat ker, bukan mok su nah tok bidan ker?
mak aku - tak pandai pun, gi cari tempat lain la...kenapa nak buang pulak?
udin - tak per la, ingatkan mok su nah boleh buat...mana leh buat menda ni yer
mak aku - tak tau la pulak kat mana
pastu si udin gan lelaki tadi pun blah....aku pun pi la dekat mak aku dan aku cakap la kat mak aku, kalau dah laki bini nape lak nak gugur....pastu lak meh datang sini sambil bisik-bisik lak....tu mesti bukan laki bini tu....aku aku pun iyer kan jer apa yang aku cakap, abah aku pun sama jer....dalam hati aku ni udin ni tak reti halal haram ker....dah la budak-budak tu wat dosa pasti udin bersekongkol lak gan dorang...sama-sama dapat dosa.....dan kalau mak aku cakap kat mana-mana leh buat menda gitu leh jadi gan mak aku sekali makan dosa....orang lain punya la nak anak, dorang leh senang-senang lak nak gugurkan...apa jenis manusia la....dan sekali lagi aku terpikir, udin ni sejak muda sampaila ke tua masih tak berubah-berubah....apa nak jadi la, anak-anak orang asyik nak diburukkan...anak sendiri wat keburukan main biar jer....korang pikirkan la apa nak jadi gan dunia sekarang....haru biru jadinya....sampai sekarang kalau aku jumpa si udin ni aku memalingkan muka, bukan sombong tapi aku rasa malu tengok dirinya....bila dah berceloteh panjang-panjang macam ni teringat lak lagu wali band yang bertajuk taubat maksiat..memang sesuai la kot...hehe.....
Sunday, January 3, 2010
...LEMBARAN TAHUN 2010...
“TUAI PADI ANTARA MASAK….
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KENANGAN 2009 ANTARA NAMPAK…..
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN…”
Tahun 2009 bakal meninggalkan kita dengan cerita masing-masing yang bakal menjadi kenangan dalam hidup kita. Kisah kehidupan yang penuh dengan kenangan pahit, manis, sedih duka, gembira tawa. Mentafsir dan berfikir sejenak mengenangkan apa juga kurnia dan dugaan yang Tuhan beri, adakah telah berjaya menghadapinya dengan penuh redha dan bersyukur…
Sesungguhnya rasa diri sangat bersyukur atas segala kurnia, rezeki dan kehidupan yang diberi yang menjadi bekalan diri agar lebih kuat , tabah dan mampu menghadapi apa juga ketentuannya di masa depan. Kasih sayang dan kebahagiaan yang Tuhan beri dalam apa juga bentuk samada terserlah atau tersembunyi memberikan semangat dalam diri. Sesungguhnya tahun baru bakal dipenuhi dengan kepelbagaian episod kehidupan yang kadang-kadang tak pernah terbayang dan disangka oleh kita… hanya perlu menjadikan tahun 2009 ini sebagai …..
” PENGALAMAN BERHARGA” …