Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, July 22, 2010

....KE KLINIK KESIHATAN CHIKU 3....


Pada pagi tersebut wife aku tidak berasa sakit seperti yang dialami malam tadi...namun bila hari semakin menjengah tengah hari wife aku mula merasa kesakitan yang dialami sebelumnya...selepas itu aku, wife bersama ibu mertua aku terus ke klinik kesihatan chiku 3 untuk membuat pemeriksaan susulan seperti yang dinasihatkan oleh nurse klinik desa chiku 2.....bila tiba disana dan selepas pemeriksaan dibuat doktor telah memberitahu bahawa wife aku terpaksa dihantar ke hospital kuala krai untuk mendapatkan pemeriksaan disana.......wife aku telah dihantar ke hospital tersebut menggunakan ambulan manakala aku bersama ibu mertua menaiki kereta ke hospital berkenaan.....dalam perjalanan dari chiku ke kuala krai aku sebenarnya mengalami masalah yang kebiasaannya dialami....minyak kereta aku dah la hampir kering masa tu dan stesen minyak chiku 3 dan chiku 2 telah kehabisan minyak....namun nasib baik stesen minyak chiku 1 masih lagi berbaki minyak....satu pengalaman getir gak masa tu...namun alhamdulillah semua selamat ke sana....

No comments: