Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, July 22, 2010

...MASUK WAD LAGI...

Seperti yang telah dijanjikan, wife aku ada perjanjian bersama doktor di hospital kuala krai....dan wife aku bertolak ke kuala krai bersama adiknya rizal dan juga ibu mertua aku....aku ketika itu berada di kota bharu kerana bekerja, dan aku telah memesan jika ada apa-apa yang berlaku terus hubungi aku....setelah perjumpaan dengan doktor dibuat dan pemeriksaan telah dilakukan doktor telah membuat keputusan untuk menahan wife aku di dalam wad sekali lagi dengan alasan wife aku terpaksa bersalin hari itu juga.....aku yang yang mendapat khabar dari ibu mertua aku terus pulang ke rumah untuk mengambil ibuku dan terus ke hospital kuala krai dalam keadaan yang tergesa-gesa....alhamdulillah, setelah sampai disana aku dapat berjumpa dengan wife aku dan aku sedar wife aku begitu bersemangat dalam menghadapi apa jua keadaan pun....

Setelah beberapa ketika, aku dimaklumkan oleh wife aku yang dia akan dibawa ke 'labour room' dalam masa yang terdekat....terdetik seketika aku rasakan dimana saat-sat yang dinantikan hampir tiba.....ketika bersama wife di 'labour room' aku dapat rasai begitu sukarnya seorang ibu untuk melahirkan seorang....keinsafan yang tiba-tiba menyentap di jiwaku...disitu hanya kata-kata semangat yang mampu aku lakukan dikala aku seperti hilang arah sebenarnya.....namun, aku gagahinya jua untuk sama-sama merasai pahit getir untuk menyambut seorang anak.....setelah hampir 5 jam berada di 'labour room' tersebut wife aku selamat melahirkan seorang baby lelaki yang comel sangat-sangat...kelahiran pada tanggal 29 April 2010 bersamaan 14 jamadilawal 1431h pada pukul 11.53 malam dengan berat 2.84 kg memberi detik permulaan kehidupan bekeluarga...thanks my wife.....thanks kerana memberi zuriat yang paling bernilai dalam hidup kita.....alhamdulillah............

No comments: