Monday, December 21, 2009
....BAKUL UNTUK ROMBONGAN DARI KEMENTERIAN.....
Memang layak dipuji pun pada aku...wife aku memang tero bab-bab mengubah ni....first time aku nengok hasil gubahannya masa gubahan bakul di hari pertunangan kitaorang...erm, mana bakat yang wife aku dapat pun aku tak tau, maybe dari gunung tahan kot, hehehe...second time aku tengok hasil gubahan wife aku ni masa hari persandingan kitaorang, masa tu wife aku mengubah hantaran daripada balang kaca, memang cantik bro.....(puji lagi)....dan yang kali terakhirnya aku nengok hasil gubahan wife aku ni masa dia mencalonkan diri tuk mengubah bakul tuk dijadikan buah tangan untuk wakil-wakil rombongan dari kementerian pelajaran....apa-apa pun aku memang ' tabik spring ' la kat wife aku ni...memang dia pandai mengubah, maklumla orang kreatif katakan....kat sini aku lekatkan sekali gambar gubahan yang digubah wife aku untuk rombongan dari kementerian....syabas...syabas....leh bukak kedai gubahan lak lepas ni....hehe....
Saturday, December 12, 2009
....SERVICE KOMPUTER PUNYA PASAL....
Sebenarnya kedai komputer wife aku dapat projek dari sekolah-sekolah kat sekitar sini....so, banyak la menda yang nak diuruskan dalam masa yang singkat ni....peralatan komputer untuk disalurkan ke sekolah-sekolah tu sebenarnya dah lama sampai kat kedai tu, tapi masalahnya buat je belum, hehehe.....barang-barang peralatan komputer tersebut sebenarnya diimport khas dari mergong kedah.....macam dah tak der barang komputer jer kat sini kan...hehehe...tapi yang bestnya walaupun jauh harga barang tu memang memuaskan.....adala nak kena pasang siap 3 bikik komputer, aku gan wife aku buat dan sesambil service komputer kat kedai tu sampai kul 4 pagi tu....mata sembam wei....tapi tak per, susah dulu kan..senang-senang kemudian...yer dak....hehe...
.....ENJIN NEO LAK TAK IDUP....
Hehe.....dah la dekat 3 bulan kete satria neo wife aku duk tersadai jer kat bengkel cina tu...bila nak pi ambil jer, enjin kete lak tak idup...atas kemahuan 'tauke cina' tu suh wife aku bawak kunci spare kete satria neo tu kat gua musang so, kami ikut jela...manala tau kan, haritu dapat wat balik terus ker...mesti mau melompat gembira wife aku tu...hehe....bila sampai jer kat bengkel dah la kena tunggu lama nak dilayan, bila dah dipanggil baru la dorang cakap yang masalah enjin tu sebenarnya berkenaan gan kunci....kunci yang asal dah rosak dan 'kod' kunci tu pun dah rosak...aku dah try start dah gan kunci asal tu dan aku percaya gak sedikit sebanyak penerangan tauke cina gua musang tu...so, selepas enjin dah dihidupkan makan satria neo kesangan wife aku tu pun berjaya dibawa pulang ke chiku....tapi kes ni masih tak settle....
.....KUNCI NEO DAH ROSAK.....
Itulah....teringat aku kat kata-kata orang lama dulu....bak tikus membaiki labu so, camni la jadinya....korang bayangkan lah, kunci kete yang xlogik rosak pun leh jadi rosak...dah la kete wife aku dah lama tersadai kat bengkel dia tu...skali nak amik kete, dia cakap enjin rosak la...kunci rosak la...last-last ' tauke cina' tu past lak kat membe dia...pesanan aku la kan, kalau dah xpandai baiki kete tu...baik jual 'colek' tepi jalan jer...orang pun tak der sakit hati...huh...
....EKSIDEN DI DALAM KB MALL.....
Ni lagi aku rasa salah satu kejadian yang tak logik...menda yang tak difikir akan terjadi pun leh terjadi...apela......aku rasa ni salah satu dugaan dari Allah S.W.T untuk menginsafkan manusia...yela, kb mall tu tempat remaja-remaja berpeleseran.....banyak yang tak kena daripada yang kena, aku akui perkara tersebut.....masa tu aku kat opis aku lagi, yela orang sesibuk aku ni jam 6 petang pun still kat opis...hehe....masa gah sedap-sedap wat keje tetiba membe aku bagitau yang 'kb mall runtuh'....alamak..!!!...aku pun intai-intai la kat tingkat, aku tengok ok je kb mall tu..so, apa yang runtuhnya....untuk maklumat tepat aku pun menghubungi membe aku yang bekerja di salah sebuah kedai komputer di kb mall iaitu 'sero'....aku mendapat maklumat bahawa sebuah kereta dari parking tingkat 3 mall tersebut jatuh ke dalam kb mall dan menghempas 3 orang awam yang.....akibat dari kejadian tersebut, 2 orang penuntut kolej masterskill telah menemui ajal dan 2 orang termasuk pemandu kereta tersebut berada dalam keadaan parah.....selepas keesokannya aku baru mendapat cerita yang sebetulnya.....pemandu sebenar kereta ford kuning tersebut adalah seorang lelaki yang berumur 27 tahun yang berasal dari terengganu....ditemani pula oleh kononnya 'adik angkat' beliau yang berumur 17 tahun dan adiknya 14 tahun...kereta tersebut telah rosak dan akibat dari kerosakkan tersebut lelaki terbabit telah menolak kereta berkenaan agar enjinnya hidup kembali...setelah enjin kereta tersebut mula menjadi, remaja yang berumur 17 tahun tersebut telan tertekan pedal minyan dan kereta tersebut hilang kawalan lalu merempuh laluan angin serata terus terjunam ke dalam kb mall lalu menghempas orang awam.....lelaki terbabit melairikan diri manakala adik remaja berkenaan dihantar pulang oleh orang awam.....
moral of the story :
' jangan biarkan orang yang tak pandai memandu kereta berada di tempat pemandu jika menolak kereta jika untuk menghidupkan enjin '
moral of the story :
' jangan biarkan orang yang tak pandai memandu kereta berada di tempat pemandu jika menolak kereta jika untuk menghidupkan enjin '
Thursday, December 10, 2009
.....MESIN FOTOSTAT OOOOO MESIN FOTOSTAT.....
Nampaknya kedai komputer wife aku mendapat sambut dikala ini..yela, bukan satakat internet, game, service...fotostat juga memainkan peranan penting dalam keuntungan kedai tersebut....pada hari tersebut kak yah zula iaitu wife kepada adun paloh telah menjalankan program SLDN iaitu kursus jahitan kepada orang ramai...so, buku modul harus dicetak dengan banyak....kalau dengan print saja aku tak kisah la sangat....ni kena fotostat lak...haduii...dah la mesin fotostat rosak so, terpaksa la pakai printer brohter untuk fotostat..dah la slow, untungnya xseberapa lak..huhuhu....apapun memang aku 'salute' la kat printer brother tu...memang tahan lasak bro..cayalah...tul kata cina kat pc fair kb mall arini, kalau personal dia akan pilih printer brother daripada canon...sekarang aku akuinya.....
.....BANJIR DI KUALA KRAI.....
Apala nasib, nak tak nak kena gak hadapi....tul tak....memang mencabar rasanya...bila aku imbas balik bila gelombang pertama banjir malanda pantai timur, masa tu aku dari kota bharu menuju ke chiku gua musang....hajat dihati memang nak lari dari banjir sebab rumah aku kat kb hampir-hampir dipenuhi air banjir....so, melarikan diri lah kononnya....masa dalam perjalanan tidak ku sangga dekat bandar ketereh telah dinaiki air paras peha aku rasa...masa tu aku lalu jer..maklumla, kononnya kete kuat....bila sampai di pulai chondong lak, aku jadi mati akal...dah la air sedalam paras punggung pastu air deras lak...kete yang lalu pun leh tertanggal bodykit atau nombor plat...naya..naya...so, disebabkan aku ni prihatin aku melepak jela kat pulai chondong sampai air surut sikit..makan masa 4-5 jam woo...dah la masa tu nak terkencing adooooii...parah..parah....bila dah lepas kat pulai chondong tu aku ingat ok la, tapi kat sungai durian pun sama gak...so, tunggu lagi...huhhuhuhu....pela nasib.....
masa gelombang kedua hadir, masatu aku gan wife dari kb gak menuju ke gua musang...memang aku akui aku dah mentahui yang jalan dinaiki air dari berita radio..namun, atas dasar ingin tahu aku redah gak...sampai kat pulai chondong aku rasa lega sebab air takder so, aku merasakan yang di sungai durian pun ok....bila sampai je di sungai duirian, skali air melimpah ar...tak berani aku nak lalu....so, aku gan wife terpaksa la lepak kat sana ada la lebih kurang 4-5 jam rasanya....sambil-sambil tu terlelap gak kitaorang...pela..hehe....masa sedar tu aku amik keputusan tuk redah gah air banjir tu memandangkan hari dah lewat malam...dalam kul1 or 2 pagi rasanya....alhamdulillah selamat walaupun kereta aku dah mengalami tanda-tanda kerosakkan...sian aku...huwawuhuwawahuwawahuwawa........
.....RAYA HAJI 2009......
Hari raya kali kedua aku beraya di rumah mertua aku....best memang la best tapi kali ni aku rasa cam tiada kemeriahan jer..nape ek???.....dah la pagi tu terlepas nak pi solat sunat kat masjid...maklumla masjid pakai waktu bombay....aku gan wife aku lak pakai waktu bali, memang la tak sama waktu...kesian...kesian....hehe....apapun masa pi solat jumaat tu aku sempat gak takbir bersama-sama penduduk chiku 2.....pada malam tu lak aku bertolak menuju ke kampung aku di kota bharu...dengan semangat untuk beraya dengan family di hari raya pertama aku memang la teruja....namun, disebabkan lubang yang banyak di jalan menyebabkan tayar kereta aku pecah...alamakkkk...!!!!....memang aku tak nafikan yang aku dah biasa gan keadaan tersebut tetapi dah la barang tuk ' jek' tak cukup...lapor lak tu...memang terasa sangat-sangat....dengan bantuan 'pak ngah' tayar kereta aku dapat dipasang dan sepanjang perjalanan ke kota bharu, bawak kete punyala slow....maklumla, takut tayar pecah lagi..dah la tayar spare dah takder....alhamdulillah kami sampai gak ke kota bharau....sampai-sampai je wife aku terus tido, sian dia penat duk berdiri...aku lak pi mandi dan...........................mlantak makan nasikkk...lapor wooooo....tenaga ilang..hehe..
....KEBANGKITAN PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN....
Apa lagi yang harus aku ungkapkan bila pasukan kesayangan aku muncul antara pasukan terbaik di malaysia....setelah mengalami beberapa musim suram sebelum ini, kali ini kelantan hadir dengan pasukan yang serba baru ditambah lagi dengan pengurusan baru dibawah pucuk pimpinan Datuk Seri Anuar Musa....dengan dibantu dengan jurulatih b. shatianathan dan penolong jurulatih iaitu bekas penyerang tersohor kelantan dan kebangsaan hashim musthapa.....dengan diterajui oleh pemain-pemain seperti halim napi, mat chah, ropi, zamri ramli, piya, sharudi, indra putra, farhan, che hishamudin, ramzul zahini, khalid jamlus, azrul, nizad ayub dan beberapa lagi pasukan kelantan menjadi begitu kuat.....walaupun tewas hasil jaringan penalti ketika final piala fa, kini kelantan menuju ke garisan yang betul bila bertemu pasukan negeri sembilan di final piala malaysia....apa yang telah diketahui umum, pasukkan kelantan telah tewas 3-1 kepada negeri sembilan, namun semangat yang terus membawa akan terus menjadi cetusan untuk pemain-pemain untuk tahun depan..syabas...syabas...tahun depan 3 piala ok...hehehe....
Teringat lagi masa menyaksikan final piala malaysia di dataran kesedar gua musang dengan wife aku...dah la dua-dua pakai baju merah, duk lak kat dataran...sekali kalah lak...pela nasib...huhuhu...
.....AKU BAKAL JADI AYAH....
Disini aku nak kongsi satu peristiwa dan pengalaman yang menarik bagi aku gan korang.....mungkin bagi yang tak merasa akan pandang remeh tentang ini...pada aku ia begitu memberi makna dalam sebuah kehidupan yang dipanggil alam rumah tangga....pada masa tu dua tiga hari sebelum datangnya ramadhan al mubarak....pada pagi tu wife aku telah menghubungi aku dan mengatakan bahawa hasil dengan menggunakan 'pregnant kit' wife aku telah disahkan pregnant...satu berita yang membuatkan aku begitu teruja....yela, sape yang tak suka jika nak jadi ayah kan...best..best...hehe....dan setelah beberapa bulan berlalu kini kandungan wife aku dan mencapai 4 bulan....tak sabar sebenarnya menunggu saat kelahiran....apapun tahniat buat aku dan wife aku....hehe...
.....SATRIA NEO WIFE AKU EKSIDEN.....
Satu kejutan telah berlaku sebenarnya dan aku akui jika aku yang mengalaminya aku mungkin hilang kawalan diri....sejak itu aku mula benar-benar mengagumi ketabahan yang dimiliki oleh wife aku....yela, kereta kesayangannya remuk dilanggar oleh toyota hilux...korang bayangkanlah bagaimana kereta satria neo yang kecik tu dilanggar oleh hilux....memang teruk...memang teruk.... sebenarnya masa kejadian wife aku berada di batu buruk terengganu kerana menghadiri kursus di sana....dan kereta satria tersebut berada di rumah chiku 2.....adik wife aku yang bernama khalid telah membawa kereta tersebut untuk membeli pampers katanya di chiku 3....dan dalam perjalanan pulang ke chiku 2 khalid telah berhenti di pertengahan jalan untuk ke stesen minyak shell....namun, kereta toyota hilux dengan laju dan tidak semena-mena telah melanggar kereta tersebut di bahagian belakang....dan hasilnya satria neo remuk di bahagian belakang....tapi nasib baikla khalid tidak mengalami apa-apa kecederaan.....kesian wife aku....tak pasal-pasal kereta kesayangannya menjadi mangsa....mangsa keadaan rasanya...apapun wife aku memang tabah walaupun adakalanya ketabahannya tercabar dek situasi.......so, masuk bengkel bai......huhuhuhu....
....AYAM GORENG SPICY MC'D....
Aku tak tahu mengapa, memang aku sukakan ayam goreng spicy mc'd ni....jika dibandingkan dengan kfc or marrybrown aku lebih suka ayam goreng mc'd ni...bagi aku rasanya memang sedap ditambah lagi dengan rempeh yang digunakan...kalau la aku pandai buat ayam goreng camni, hari-hari makan menda ni pun tak pe..hehe..poyo jer rasa....tapi apapun aku memang menyukai ayam goreng spicy mc'd....bila lak aku leh makan ek, kena ajak wife teman ni...makan sorang kan xbest lak..tul tak kawan-kawan...hehehe...mandai jer....
....PIZZA HUT....
Sekali tu aku gan wife cam teringin je nak makan pizza...so, dengan kudrat yang ada aku pun drive ar pi sana....sampai je sana kami mengambil menu set pizza.....walaupun aku merasakan yang menu tersebut agak mahal, namun untuk memenuhi selera kami aku relakanlah...hehe...apapun air limau yang dicampur 'masin-masin' memang best sangat-sangat...lain kalu aku mesti pi lagi....hehe..
...IKA DAH PANDAI MEMBACA.....
....MOHD AMMAR AMSYAR....
Anak sedara aku yang ketiga sebenarnya ni....yang pertama nur alya syafika dan yang kedua anak kak long aku, tapi yang sedihnya dia meninggal....ammar amsyar ni namanya aku yang letak, maklumla orang yang kreatif cam aku ni memang orang akan terima....melampau ayat...hahaha...last sekali aku jumpa ammar amsar masa raya haji..memang dah bertambah hensem anak sedara aku yang sorang ni..bak kata ayah dia la...'abe zul ke come, amsar ikut dio la'..hahahaha...nak terkeluar rasa darah putih aku...hehe...apapun aku tak sabar nak dengar dia bercakap dan berjalan.....untuk kakakku ira, jaga anak baik-baik.....chooowwww...
....MAKAN ANGIN DI GUA MDU....
Dah lama sebenarnya wife aku mengajak aku ke sana, dan akhirnya aku sampai jua disana...bagi aku gua madu adalah tempat riadah yang baik...namun, disebabkan tidak dapat sambutan ramai aku rasa tempat ini cam terbiar je....aku sebenarnya tak tahu pun pe yang dirancang oleh wife aku dan seperti biasa 'last minute' dia bagitau la..pela, huhuhu.....pagi tu aku dan seluruh keluarga mertua aku pergi ke gua madu dengan 2 buah kenderaan....satria neo dan juga gen 2.....setibanya disana dengan perut yang lapor sangat-sangat aku rasa 2 pinggan nasi goreng kot aku habiskan, pela aku ni..hehe...tapi yang memeranjatkan aku, ada ke patut dorang-dorang ni bawak petai sekali, nak tergelak pun ada dan dah tergelak pun ada...sowie..sowie...hahaha...pe pun nasi goreng tu sedap sangat dan dipahamkan wife aku yang masak..bangga...bangga..hehehe...
....SUDARA BEACH RESORT.....
Ppd Gua Musang telah mengadakan hari keluarga yang bertempat di Sudara Beach Resort.....pada masa yang sama aku dah wife aku serta ditemani adikku iaitu fatin dan asnida juga menyertainya....disana aku dapat saksinya bagaimana meriahnya hari keluarga yang dianjurkan oleh ppd gua musang.....aku sebenarnya ada kisah untuk diceritakan tuk tatapan korang, tapi takdela menarik sangat...hanya untuk dikongsi bersama jer..hehe....sebenarnya kami bertolak ke sudara beach resort dengan menaiki kete gen 2 merah aku dari kb.....aku sebenarnya memang pernah menjejakkan kaki ke sudara tu....tapi tah mengapa bila nak ke sana aku leh tersalah jalan...ada ke patut....tak patut...tak patut...hehe...rasanya ada la sejam lebih baru kami tepat menuju ke destinasi......pada petang tersebut telah diadakan aktiviti permainan yang disertai oleh staf dan juga ahli keluarga ppd gua musang.....aku cam biasa la, tak nak amik bahagian pun dalam aktiviti tesebut....bukannya apa, nanti semua hadiah tempat pertama aku yang dapat..pe lak kata mereka kan..hehe..poyo je ayat....
pada malam tersebut ada plak majlis makan bbq...makanan yang disajikan aku rasa tidak memenuhi selera makan aku...bukan nak memilih kawan-kawan, tapi kenyataan aku tu dipersetujui oleh waife dan adik-adik aku...so, makanan malam tu memang out terus la.....sambil-sambil menjamu selera, pihak sudara ada menyediaan karoeke untuk sape-sape yang kaki karoeke.....aku ni bukan lah kaki karoeke, tapi disebabkan dah lama tak tunjuk bakat...so, aku nyanyi je la malam tu.....lagu nyanyian dari jamal abdillah menjadi pilihan aku......lagu 'kekasih awal dan akhir' tu..hehe....sebenarnya aku saje je nak nyanyi lagu tu sebab nak tujukan untuk wife aku yang tersayang.....diawal nyanyian pun aku ada utuskan lagu tersebut khas untuk wife aku....selepas habis nyanyi tu tak sangka lak mendapat tepukan ramai terutama sekali pengarah ppd gua musang....apa pun aku memang enjoy pi sana....thanks ppd gua musang.....thanks my wife.....
S&R ICT ENTERPRISE ( KEDAI KOMPUTER WIFE AKU )
s&r ict enterprise ditubuhkan oleh wife aku sekitar awal tahun 2008....sebenarnya s&r ict enterprise adalah hasil nama gantian dari chiku multimedia enterprise.....sebenarnya kedai tersebut merupakan pelopor kedai komputer di chiku 3....kedai tersebut meyediakan kelas asas komputer yang sijilnya adalah diikftiraf oleh kementerian belia dan sukan....selain itu jua kedai tersebut menyediakan perkhidmatan fotostat, fax ,scaning, liminate, service pc/latpop, upah taip, kad kawen, game, internet, dan sebagainya lagi....sejak penubuhan s&r ict enterprise, wife aku pada awlnya telah mengambil pelajar-pelajar di kedai tersebut untuk menjadi tenaga kerja disitu...bermula dengan nora dan fazliyana, seterusnya nik rosni telah mengambil alih selepas ketiadaan nora kerana melanjutkan pelajaran.....selepas itu fazliyana mengambil keputusan untuk menarik diri dari kedai tersebut kerana terikat dengan komitmen kerja yang lain.....dan adik ipar aku sendiri iaitu siti rosmah telah menjadi tenaga kerja disana.....aku berasakan kemajuan s&r ict enterprise dari masa ke semasa mengalami zaman kemajuan dengan hasil usaha wife aku selama ini....kebanggaan aku sebenarnya tu..hehe.....aku berharap agar s&r ict enterprise akan terus berjaya dan bertambah maju dimasa akan datang.....dengan projek-projek yang akan dilaksanakan itu aku harap wife aku akan dapat melaksanakannya.....insyaallah aku jua akan membantu.....iduppppp s&r ict enterprise.......iduuupppp liana......hehehe...
...BOWLING...
Aku tak nafikan yang aku memang berbakat dalam permaianan bowling...kalau shalin zukifli tengok aku main pun confirmnya la dia ajak aku jadi patner dia..hehe...chewah, ayat melampau kan...kalau sape-sape tau gamaknya leh muntah kot..hahaha....sebenarnya aku minat main bowling ni sejak berada di kl lagi....dan aku juga tidak nafikan aktiviti mingguan aku adalah di tempat bowling sebenarnya.....namun bila dapat pindah ke kelantan ni aku rasa aktiviti aku terhadap sukan bowling ni cam dah samar-samar jer walaupun minat tu sentiasa membara...hehe....
Masa aku ditemani isteriku ke kbmall, aku saje je la jalan-jalan ke tempat bowling so, bila melihat anak-anak muda ditambah gi gan balingan hampeh dari orang tua, keinginanku untuk bermain bowling semakin meluap-luap.....walaupun isteriku tidak begitu mengemarinya dan ditambah lagi kakinya yang sakit, mungkin kerana untuk menemaniku isteriku akur dan menurut saja.....thanks sayang...hehe.....
.....MEJA MAKAN BERADAB.....
Camner aku nak citerkan kat korang ek bagaimana rasanya melihat sesuatu yang tak terjangka.....bunyi cam serius kan,hehe..tapi tidak serius pun....ayat je yang serius sebenarnya.....ini adalah meja makan beradab yang disediakan oleh ' mak andam ' aku iaitu kak linda....memang kreatif, 'thanks' aku ucakan untuk kak linda diatas kekretifannya..hehe...hidangan diatas meja makan beradab tu pula disajikan khas oleh tukang masak yang diimport khas dari kuala lipis.....seseorang yang dipanggil 'kaha' oleh teman-teman rapatnya dan dipanggil 'abe ha' oleh kami...maklumla abang ipar aku katakan..apaun terima kasih daun keladi, ada masa leh hidangkan lagi...hehe....(xsempat pun jamah udang salut tepung).....
......MAJLIS MENYAMBUT MENANTU......
3 JUNE 2009
Pada pagi tersebut isteriku masih lagi bertugas namun telah mendapat keizinan untuk keluar awal memandangkan majlis kami sesudah waktu zohor......setelah bersedia kami menuju tepat ke kedai sri pengantin yang dimiliki 'kak linda' untuk mengenakan pakaian pengantin yang ditempah disana dan selepas itu menuju pula ke kedai sri pengantin 'kak zee' untuk isteriku disolek walaupun secara jujurnya wujud ketidakpuasan hati aku dengan 'cara' kak zee mengendalikan kami......rombongan dari chiku sebenarnya telah sampai awal sehingga berlaku rungutan kerana kami terlambat sampai sebenarnya.....setibanya kami di perkarangan rumah berkenaan aku dan isteri dengan diarak oleh rombongan dari chiku menuju terus ke pelamin untuk meneruskan aturcara majlis.....sedar atau tidak aku sebenarnya berpuas hati dengan majlis yang dirancang walaupun berlaku sedikit ketidakpuasan hati mengenai beberapa perkara.....namun atas masa yang terhad aku relakan diriku untuk bertenang dan meneruskan jua majlis tersebut....buat semua yang membantu, ucapan jutaan terima kasih aku salurkan....
.....Sabrina Court Hotel.....
2 JUNE 2009
Pagi itu sebelum subuh lagi aku bertolak bersama isteriku ke kota bharu....walaupun masih mengantuk sebenarnya tetapi aku dan isteri tetap mengharunginya demi melaksanakan tugasan yang telah dipersetujui.....sebenarnya pada ketika itu aku terlalu kasihan melihat keadaan isteriku......aku tiba di kota bharu lewat dari apa yang dirancang, tetapi mungkin nasib menyelebihi kami sebenarnya......dalam menunggu isteriku tamat bertugas, aku telah menginap di 'sabrina court hotel' untuk melepaskan lelah disamping mencari penginapan untuk kembali menrencanakan majlis menyambut menantu di pasir pekan.....
Pagi itu sebelum subuh lagi aku bertolak bersama isteriku ke kota bharu....walaupun masih mengantuk sebenarnya tetapi aku dan isteri tetap mengharunginya demi melaksanakan tugasan yang telah dipersetujui.....sebenarnya pada ketika itu aku terlalu kasihan melihat keadaan isteriku......aku tiba di kota bharu lewat dari apa yang dirancang, tetapi mungkin nasib menyelebihi kami sebenarnya......dalam menunggu isteriku tamat bertugas, aku telah menginap di 'sabrina court hotel' untuk melepaskan lelah disamping mencari penginapan untuk kembali menrencanakan majlis menyambut menantu di pasir pekan.....
.....MAJLIS KHATAM AL-QURAN.....
Setelah rombongan dan hadiran telah berangkat pulang ke rumah masing-masing aku mula merasai kepenatan yang amat sangat.....malam itu isteriku sebenarnya akan menyertai majlis khatam al-quran dan aku secara jujurnya kagum dengan semangat dan keupayaan isteriku......sepanjang majlis khatam al-quran tersebut, aku menghayati bacaan oleh isteriku...dan pada pendapat aku, isteriku memang pandai dalam mengalunkan ayat-ayat suci ini...satu lagi kebanggaan yang terpercik dari lubuk sanubariku.....dan ketika itu juga aku telah bayangkan akan kepenatan perjalanan ke kota bharu awal keesokan paginya kerana isteriku akan memulakan tugasan di sana.....
' BALANG KACA '
Ini plak barangan hantaran yang disediakan oleh isteriku....balang kaca tu, ada kisahnya disebalik mengubah barangan...ada ke sambil-sambil mengubah, balang kaca tu leh pecah...so, terpaksala beli balik kan...hehe..apapun ini adalah hasil gubahan dari isteriku, dan aku bangga dengan bakat yang dipunyai olehnya.....adiiosss....
' SARANG BURUNG '
Ada sesuatu sebenarnya aku ingin paparkan kat sini....sejak dulu lagi menjadi impian aku untuk sertakan 'sarang burung' sebagai barangan hantaran aku....walaupun berhabisan RM, yang penting aku puas hati dengan apa yang aku persembahkan......burung yang ada dalam sangkar tu yang susah nak dapat sebenarnya, dan aku pun dah putus asa tuk dapatkan burung tersebut....hasil dari pertolongan ' kak linda ' burung tersebut dapat ditemukan..alhamdulillah....walaupun gubahan ini aku upah orang sebenarnya, sekurang-kurangnya aku berpuas hati sangat-sangat.....hehehehe...
1 JUNE 2009 ( MAJLIS PERSANDINGAN )
1 JUNE 2009
Sebenarnya pada hari ini adalah hari persandinganku di chiku 2 namun dengan panggilan lapor diri isteriku di jpn kota bharu telah menyebabkan beliau bersama abang long dan kak dari awal lagi bertolak ke kota bharu bagi isteriku melapor diri bertugas dan sesudah itu akan kembali semula ke chiku 2 dengan kadar segera bagi menyempurnakan majlis......aku ketika itu sebenarnya pelbagai urusan yang perlu aku lakukan dan tidak mampu diserahkan tugasan itu kepada sesiapa kerana hanya aku yang tahu apa yang telah aku rancangkan......pagi itu aku telah membawa isteriku ke jpn bagi melapor diri dan seterusnya meminta keizinan dari pengarah jpn untuk kembali semula ke chiku untuk urusan persandingan.....ketika isteriku bersama abang long dan kak kembali ke chiku 2 aku dengan serta merta menyelesaikan urusan aku yang belum sempurna itu......jika diteliti sepenuhnya memang ramai rombongan dari kota bharu yang akan menyertai kami ke chiku 2 namun atas dasar pengumpulan rombongan itu tidak dapat dilakukan, dengan itu hanya 4 buah kenderaan sahaja yang bertolak dari pasir pekan......
sebelum aku bertolak ke chiku bersama fatin dan asnida terlebih dahulu berlaku kejadian yang memilukan bagiku dan kejadian yang mencuit hati sebenarnya kepada orang lain....mungkin tidak perlu untuk aku ceritakan...hehe....
Agak lewat sebenarnya kehadiran kami di tempat yang ditujui namun atas dasar jarak perjalanan yang jauh dan tidak menentu memungkinkan orang ramai memahami kami....
dengan mengenakan pakaian yang serba hijau aku melangkah berarak ke persada pelamin dengan diiringi paluan kompang oleh parsatuan kesedar paloh 2.....ketika berada dipelaminan tidak dapat aku bayangkan bertapa begitu indah sekali ketika itu....dengan disaksikan hadiran dari dua buah keluarga dan rakan-rakan menyebabkan aku sedikit gabra sebenarnya....tapi tidaklah nampak pun kegabraan itu...hehe....dengan badan yang agak kepenatan disebabkan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan aku terasa begitu letih dikala persalinan pakaian dilakukan....perkara ini jua amat dipersetujui oleh isteriku kerana kami sama-sama mengharungi perjalanan yang jauh.....namun atas dasar semangat dihari persandingan aku dan isteri tetap meneruskan tampa rasa kegelisahan......
Subscribe to:
Posts (Atom)