Thursday, December 10, 2009
1 JUNE 2009 ( MAJLIS PERSANDINGAN )
1 JUNE 2009
Sebenarnya pada hari ini adalah hari persandinganku di chiku 2 namun dengan panggilan lapor diri isteriku di jpn kota bharu telah menyebabkan beliau bersama abang long dan kak dari awal lagi bertolak ke kota bharu bagi isteriku melapor diri bertugas dan sesudah itu akan kembali semula ke chiku 2 dengan kadar segera bagi menyempurnakan majlis......aku ketika itu sebenarnya pelbagai urusan yang perlu aku lakukan dan tidak mampu diserahkan tugasan itu kepada sesiapa kerana hanya aku yang tahu apa yang telah aku rancangkan......pagi itu aku telah membawa isteriku ke jpn bagi melapor diri dan seterusnya meminta keizinan dari pengarah jpn untuk kembali semula ke chiku untuk urusan persandingan.....ketika isteriku bersama abang long dan kak kembali ke chiku 2 aku dengan serta merta menyelesaikan urusan aku yang belum sempurna itu......jika diteliti sepenuhnya memang ramai rombongan dari kota bharu yang akan menyertai kami ke chiku 2 namun atas dasar pengumpulan rombongan itu tidak dapat dilakukan, dengan itu hanya 4 buah kenderaan sahaja yang bertolak dari pasir pekan......
sebelum aku bertolak ke chiku bersama fatin dan asnida terlebih dahulu berlaku kejadian yang memilukan bagiku dan kejadian yang mencuit hati sebenarnya kepada orang lain....mungkin tidak perlu untuk aku ceritakan...hehe....
Agak lewat sebenarnya kehadiran kami di tempat yang ditujui namun atas dasar jarak perjalanan yang jauh dan tidak menentu memungkinkan orang ramai memahami kami....
dengan mengenakan pakaian yang serba hijau aku melangkah berarak ke persada pelamin dengan diiringi paluan kompang oleh parsatuan kesedar paloh 2.....ketika berada dipelaminan tidak dapat aku bayangkan bertapa begitu indah sekali ketika itu....dengan disaksikan hadiran dari dua buah keluarga dan rakan-rakan menyebabkan aku sedikit gabra sebenarnya....tapi tidaklah nampak pun kegabraan itu...hehe....dengan badan yang agak kepenatan disebabkan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan aku terasa begitu letih dikala persalinan pakaian dilakukan....perkara ini jua amat dipersetujui oleh isteriku kerana kami sama-sama mengharungi perjalanan yang jauh.....namun atas dasar semangat dihari persandingan aku dan isteri tetap meneruskan tampa rasa kegelisahan......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment