Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, December 10, 2009

31 MEI 2009 ( MAJLIS AKAD NIKAH )







31 MEI 2009

Tarikh ini umpama tarikh keramat dalam hidupku.....pada tarikh inilah telah berlaku pelbagai peristiwa sebenarnya.....peristiwa yang paling penting dalam hidupku sebenarnya......peristiwa yang telah mengubah aku dari kehidupan bujang kepada kehidupan berumah tangga......
masih ingat lagi sebenarnya aku ketika perjalanan dari kota bharu ke chiku....pagi itu seperti biasa akan berlaku kekalutan dimana rombongan yang turut menyertai kami di hari pernikahan tidak kunjung tiba walaupun hari telah pun menjangkau tengah hari..........waktu itu aku bersama azizi, abang zul, abang ha, dan abang nor dengan menaiki gen-2 mengikut jalan biasa.....namun kereta kancil yang dipandu 'pok me' yang telah membawa aboh, ma, dan mok cik mengikut jalan tendong sebagai jalan pilihan......setibanya kami di perkarangan masjid chiku 2 yang pada ketika itu hampir memasuki waktu asar, telah tiba sebenarnya satu pasangan lagi untuk turut sama diijapkabulkan bersama-sama dengan kami......dengan mengenakan pakaian 'ala-ala'biru muda itu aku telah melangkah menuju ke persada masjid dan ketika itu jurunikah kami
adalah imam tua masjid tersebut iaitu 'imam jak'.....dengan lafaz 'aku terima nikahnya rosliana binti abdul razak dengan mas kawennya yang tersebut' maka dengan itu jualah aku kini bergelar seorang suami kepad seorang isteri yang amat aku cintai.....kini bermulalah kehidupan aku bergelar seorang suami....jika ditanya bagaimana perasaanku ketika itu, hanya ucap syukur kehadrat Ilahi atas kurnian yang begitu indah ini......ketika aku dalam perjalanan pulang ke kota bharu, aku mendapat panggilan dari isteriku bahawasanya beliau telah mendapat pekerjaan di jabatan pelajaran kelantan sebagai pegawai tadbir dan dikehendaki melapor diri keesokan harinya di kota bharu sedangkan persandingan kami di chiku 2 adalah pada hari keesokannya....namun begitu aku berasakan ini adalah rezeki dalam perkahwinan, sungguh besar kekuasaan Allah S.W.T sebenarnya.....

No comments: