Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Premature Baby tickers

MAJLIS PERKAHWINAN

MAJLIS PERTUNANGAN

Thursday, December 10, 2009

....SESUATU.....

Assalamualaikum.......

Sebenarnya sudah agak lama aku tidak mencoret sesuatu didada blog ini....rindu rasanya untuk mencoret sesuatu memang sudah lama tetapi mungkin kekangan masa yang membuatkan aku kadang-kadang alpha untuk singgah di sini.....Selama peninggalanku dipersada blog ini, rasanya pelbagai peristiwa yang telah berlaku sebenarnya....ada kenangan yang mencuit hati, kenangan yang mendebarkan ,kenangan yang paling indah, begitu jua dengan pengalaman dalam menjalani kehidupan baru......kehidupan yang bergelar 'alam perkahwinan'......Aku akui kini aku amat bahagia disamping isteri tersayang, walaupun kini kami berjauhan tetapi jarak tersebut yang membuatkan kami lebih menyintai dan lebih merindui sebenarnya.....terkadang terpalit jua rasa pilu dihati bila mengenangkan kehidupan sebegini, tetapi aku tetap percaya
jika orang lain mampu melakukannya mengapa aku tidak.....dengan berpegang atas dasar itulah aku menyedari pentingnya kesabaran dan ketulusan dalam menjalani hari-hari yang mendatang......mungkin anda jua akan mengalami dan akan melalui saat-saat sebegini......
pelbagai peristiwa sebenarnya yang telah berlaku dan rasanya ingin aku coretan semuanya disini agar dapat aku memahat sesuatu kenangan yang bakal dikongsi dan dihayati bersama......

No comments: